Keretakan isu rumah tangga pelakon terkenal Indonesia, Baim Wong dan isterinya Paula Verhoeven akhirnya terjawab selepas permohonan cerai dibuat di Pengadilan Agama Jakarta Selatan, Indonesia hari ini.
Menurut laporan Kapanlagi, perkara itu telah disahkan sendiri oleh peguam yang mewakili Baim atau nama sebenarnya Muhammad Ibrahim.
Foto: Kapan Lagi
“Pasangan ini dilaporkan sudah tidak tinggal sebumbung. Betul iya, Baim ada failkan penceraian,” kata peguam tersebut.
Kemelut rumah tangga pasangan itu menjadi bualan hangat netizen selepas Paula dilihat menunaikan ibadah umrah bersendirian baru-baru ini, tanpa kehadiran sosok suaminya.
Foto: Tangkapan Skrin Laman Web Mahkamah Agama Jakarta Selatan
Baim mengaku juga bahawa Paula tidak meminta izin untuk menunaikan umrah sekali gus menguatkan lagi spekulasi rumah tangga mereka sudah tidak dapat diselamatkan.
Namun, kedua-duanya enggan mengeluarkan sebarang kenyataan walaupun dilihat sudah tidak lagi hadir ke majlis bersama atau memuat naik foto kemesraan di laman sosial seperti sebelum ini.
Foto: Tangkapan Skrin Laman Web Mahkamah Agama Jakarta Selatan
Bukan itu sahaja, Baim turut mengakui sudah jarang pulang ke rumah dan sering tidur di pejabat.
Untuk rekod, Baim dan Paula mendirikan rumah tangga pada tahun 2018 dengan dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Kiano, 3, dan Kenzo yang berusia dua tahun.
Sumber: Kapanlagi.com