Pelakon filem dewasa, Kae Asakura berkongsi pengalaman tidak menyenangkan sewaktu melawat Kuala Lumpur apabila diganggu dan disentuh individu tidak dikenali pada 28 September lalu.
Menerusi satu hantaran di akaun X, dia meluahkan kekecewaan terhadap insiden tersebut apatah lagi menganggap Kuala Lumpur sebagai satu bandar yang selamat, namun kejadian itu telah mengubah anggapannya.
“Saya sangka Kuala Lumpur adalah bandar yang selamat, tetapi sangat mengejutkan apabila saya tersilap,” kata penghibur dari Osaka, Jepun itu.
Susulan kejadian itu, ramai warganet tampil memohon maaf bagi pihak rakyat tempatan dengan menegaskan bahawa tindakan sedemikian tidak mencerminkan budaya sebenar Malaysia.
Warga asing yang buat hal kot?
Pada masa sama, segelintir netizen juga menitipkan pesanan supaya wanita berusia 28 tahun itu sentiasa berhati-hati dan menjaga diri.
Takutnya! Hati-hati
Walaupun dia mengalami pengalaman buruk, Asakura tetap meneruskan lawatannya di sekitar Kuala Lumpur dengan mengenakan tudung selain merakam pelbagai aktiviti termasuk menikmati nasi kandar melalui video di laman TikTok.
Foto: Instagram Kae Asakura
Selain kerjayanya dalam industri hiburan dewasa, Asakura merupakan seorang graduan undang-undang dan politik, pemilik syarikat, pemain e-sukan profesional, vlogger makanan dan pelancongan.