Seorang gadis yang juga pelancong berasal dari Rusia maut dalam satu kejadian tragis dipercayai ketika melancong di Tbilisi, Georgia pada Jumaat lalu.
Foto: TheSun
Menurut laporan TheSun, video tersebut memaparkan Arina Glazunova berjalan di atas laluan pejalan kaki sedang merakam detik terakhir bersama seorang rakannya sambil menyanyikan lagu kumpulan boyband Rusia, Hunger Boys berjudul ‘For The Last Time’.
Foto: TheSun
Tanpa menyedari keadaan jalan sekeliling, gadis berusia 24 tahun itu terus menyanyi sambil merekod wajah rakannya pula ketika kejadian malang itu berlaku.
Sewaktu leka bernyanyi, dia tiba-tiba terjatuh ke dalam sebuah laluan bawah tanah dan kamera sempat merakam ekspresi terkejut rakannya sebelum jeritan Arina kedengaran dan skrin menjadi gelap.
Difahamkan, Arina dikejarkan ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia akibat kecederaan di kepala dan patah leher.
Hasil pemeriksaan mendapati terdapat tembok rendah setinggi lutut di tepi laluan pejalan kaki yang menghadap ke tangga konkrit di bawahnya.
Foto: TheSun
Susulan kejadian terbabit, orang ramai ada meletakkan tanda peringatan di lokasi kerana kejadian menimpa Arina disifatkan malang apabila nyawa melayang begitu saja.
Sumber: TheSun