Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Peniaga Di Turki Puji Jemaah Haji Malaysia – “Badan Tidak Berbau Dan Hormat Orang”

Tular di media sosial satu video memaparkan seorang peniaga di Turki puji jemaah haji dari Malaysia kerana bukan sahaja menghormati orang lain, malahan mereka juga tidak berbau.

Menerusi satu hantaran di TikTok, rarecation telah memuat naik satu video dipercayai dirakam ketika mereka sedang melawat negara Turki.

Peniaga di Turki puji jemaah haji Malaysia

@rarecation

Tak sangka ini sebab orang Turki suka jemaah Haji Malaysia! #travel #turki #raretv #rarecation

♬ original sound – Rarecation – Rarecation

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pad video itu, kelihatan mereka sedang berbual dengan seorang peniaga dan lelaki itu bertanya mereka berasal dari negara mana.

Sebaik mengetahui mereka berasal dari Malaysia, peniaga itu jelas kelihatan terkejut kemudian berkongsi berkenaan pengalaman ibunya yang telah mengerjakan haji.

“Mak saya, dia sudah pergi ke Mekah untuk menunaikan ibadah haji. Dia cakap kat saya, ‘Anakku, kalau awak pergi sana (Mekah), awak akan melihat orang Malaysia. Mereka sangat menghormati orang lain dan tidak berbau busuk,” katanya.

Dalam pada itu, peniaga itu juga berkata walaupun rakan-rakannya dari negara lain berkata Muslim dari Turki baik, namun dia berpendapat Muslim dari Malaysia adalah lebih baik.

Peniaga Di Turki Puji Jemaah Haji Malaysia

“Badan orang Muslim negara lain berbau, tapi Muslim dari Malaysia lebih baik daripada Muslim Turki. Saya ramai kawan dari negara lain seperti Jordan dan Lubnan, Mereka kata Muslim Turki lebih baik dari Muslim Arab.
“Tapi kami orang Turki cakap Muslim Dari Malaysia dan Indonesia lebih menghormati orang dan ketinggiannya mereka juga lebih kurang dengan kami. Kami suka orang Malaysia, walaupun negara kita agak jauh tapi tiada masalah,” kongsinya.

Artikel lain: Beri iPhone 16 Kepada Speed, Peminat Di Singapura Jadi Bahan Ketawa Malaysia & Indonesia

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya dari Malaysia meluahkan rasa bangga apabila mendengar jemaah haji dari negara ini mendapat pujian dari warga luar.

Teruskan jadi orang baik Malaysia

Peniaga Di Turki Puji Jemaah Haji Malaysia

Jemaah Malaysia memang sangat tertib

Peniaga Di Turki Puji Jemaah Haji Malaysia

Alhamdulillah, suka dengar pujian macam ni

Peniaga Di Turki Puji Jemaah Haji Malaysia

Pengalaman saya melawat Turki, dorang memang hormat kita

Peniaga Di Turki Puji Jemaah Haji Malaysia

Peniaga Di Turki Puji Jemaah Haji Malaysia

Betul, orang Malaysia memang tak berbau! Sejuk-sejuk pun mandi jugak!

Sumber: TikTok rarecation

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Written By Anis Rabiatul

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Sebanyak 13 ekor kuda di sebuah pusat latihan kuda yang dikaitkan dengan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) di Kampung Mengabang Panjang, Kuala Nerus yang...

Lokal

Polis Diraja Malaysia (PDRM) siasat satu video tular yang memaparkan beberapa individu turunkan bendera Jalur Gemilang dan menggantikannya dengan bendera Sabah dan Sarawak. Memetik...

Lokal

Restoran milik Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISB) masih beroperasi di United Kingdom walaupun kebanyakan perniagaannya telah ditutup di Malaysia. Foto: Facebook GISB...

Lokal

Khutbah Jumaat di semua surau dan masjid di Melaka mencetuskan konflik apabila slaid yang dikendalikan oleh Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) menampilkan gambar ahli...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd