Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Soon Huat-Shevon Beri Kejutan, Tumpaskan Pasangan Nombor Dua Dunia

Pasukan beregu campuran profesional negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai berjaya tumpaskan pasangan nombor dua dunia dari China, Jian Zhen Bang-Wei Ya Xin di Terbuka China iaiut kejohanan berstatus Super 1000.

Memetik laporan Harian Metro, aksi cemerlang yang dipamer oleh Soon Huat- Lai Shevon sekaligus membawa pasangan beregu itu untuk mara ke separuh akhir di kejohanan berkenaan.

Perlawanan di Pusat Sukan Olimpik Changzhou itu turut menyaksikan gandingan ke-12 dunia itu mencatat kemenangan straight set 23-21, 21-16 dalam masa 34 minit.

Soon Huat-Shevon tumpaskan pasangan nombor dua dunia

Soon Huat-Shevon Tumpaskan Pasangan Nombor Dua Dunia

Sementara itu, Shevon berkata, mereka sangat berpuas hati dengan kemenangan itu susulan mereka tidak pernah mengalahkan pasangan tuan rumah itu dalam lima pertemuan sebelum ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Saya perlu mengatasi ketakutan ini kerana belum pernah menang ke atas mereka. Hari ini, kami berdua bermain dengan sangat baik dan angin di gelanggang memberi kami sedikit kelebihan,” katanya.

Tambah Soon Huat, kebangkitan mereka dalam set pertama telah menambah keyakinan untuk pasangan itu terus menguasai perlawanan.

Artikel lain: Isu Tunggakan Gaji, Kapten KDA FC Terpaksa Jalan Kaki Ke Pusat Latihan

“Mereka mendahului 19-16, tetapi kami kejar mata demi mata dan itu memberi kami lebih keyakinan,” ujarnya.

Selepas kemenangan itu, Soon Huat-Lai Shevon bakal bertemu satu lagi pasangan tuan rumah, Cheng Xing-Zhang Chi, yang menewaskan gandingan Korea Selatan, Hiroki Midorikawa-Natsu Saito, 21-15, 21-19.

Soon Huat-Shevon Tumpaskan Pasangan Nombor Dua Dunia

Foto: The Star

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sekadar info, turut melangkah ke separuh akhir ialah beregu lelaki profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzudin Rumsani selepas menumpaskan gandingan senegara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun.

Mereka yang diletakkan sebagai pilihan ketujuh berjaya mencatat kemenangan straight set 21-19, 21-18.

Menanti mereka di separuh akhir ialah gandingan Indonesia, Shohibul Fikri-Daniel Marthin yang mengalahkan Rasmus Kjaer-Frederik Sogaard dari Denmark 21-19, 21-19.

Sementara itu, harapan satu lagi wakil negara, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin, terkandas di suku akhir selepas tewas kepada gandingan Indonesia, Dejan Ferdinansyah-Gloria Emanuelle Widjaja 14-21, 9-21 dalam masa 35 minit.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Harian Metro (Ferzalfie Fauzi)

Anis Rabiatul
Written By Anis Rabiatul

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain memberi komen ringkas mengenai siasatan kes Op Global yang membabitkan Global...

Bisnes

Tupperware Brands sedang bersiap untuk fail bankrap seawal minggu ini susulan saham syarikat itu jatuh sebanyak 15.8 peratus kepada 43 sen selepas waktu dagangan....

Lokal

Peguam kepada Abang Bas, Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar menjelaskan bahawa lelaki tersebut tidak memahami perkataan ‘crush’ yang bermaksud mempunyai perasaan terhadap seseorang. Menerusi tangkap...

Politik

Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi enggan mengulas lanjut mengenai tindakan PAS yang didakwa menjadikan Muktamar Tahunan Ke-70 parti itu sebagai pentas...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd