Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Jualan Rahmah: Tiada Lagi Diskaun Bagi Barangan Bergula Bermula 1 Oktober

Bermula 1 Oktober ini, tiada lagi diskaun bagi barangan atau produk makanan dan minuman yang bergula dalam Program Jualan Rahmah MADANI.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh berkata langkah ini dilakukan bagi menyahut Kempen Perangi Gula yang diterajui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Kempen ini dilaksanakan bagi mengurangkan pengambilan gula dalam kalangan masyarakat sekaligus menurunkan jumlah masalah kesihatan yang mereka hidapi.

Tiada diskaun bagi barangan bergula dalam Jualan Rahmah bermula 1 Oktober

Foto: Malaysia Gazette

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kita akan menarik barang-barangan yang mengandungi gula daripada senarai jualan rahmah, tiada lagi diskaun.
“Jika sebelum ini, Jualan Rahmah menawarkan diskaun antara 10 hingga 30 peratus, selepas ini barang-barang seperti susu pekat manis tidak lagi ditawarkan diskaun,” katanya pada sidang media selepas melancarkan inisiatif ‘Jom Kosong’ di Kuala Lumpur pada Rabu.

Pada masa yang sama, beliau berkata Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) juga telah meminta KKM meletakkan gred makanan mengikut tahap kandungan gula.

Katanya, ia bakal menjadi sebahagian daripada advokasi untuk pengguna supaya mereka lebih peka terhadap jumlah pengambilan gula.

Ini selaras dengan hasrat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu rakyat mengurangkan pengambilan bahan itu supaya lebih sihat.

Foto: Sinar Harian

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, KPDN turut melancarkan inisiatif #JomKosong pada Selasa dalam usaha menggalakkan pengguna memilih minuman tanpa gula hasil kerjasama dengan pemain industri makanan dalam negara.

“JomKosong ini bermula dengan (memesan minuman yang) kosong, kalau kita nak tambah gula baru minta sebab sekarang kalau (pesan) kuranh manis yang kita dapat itu masih manis.
“KPDN akan turut bekerjasama dengan persatuan-persatuan restoran lain seperti Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA), Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia (PRIMAS), Persatuan Sahabat Tom Yam Prihatin Semalaysia dan Malaysia Singapore Coffee Shop Proprietors’ General Association (MSCSPGA),” ujarnya.

barangan bergula tiada diskaun

Foto: Berita Harian

Selain itu, Fuziah juga berkata rundingan menjual minuman kosong tanpa gula pada harga yang lebih murah juga sedang dilakukan bersama operasi makanan dan minuman (F&B) dengan kebanyakan mereka memberikan reaksi positif.

Pada Ahad lalu, Anwar mengingatkan rakyat supaya mengambil serius tentang penjagaan kesihatan terutama berkaitan keburukan pengambilan gula berikutan bilangan penghidap kencing manis di Malaysia adalah yang tertinggi di Asia Tenggara.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Bernama

Anis Rabiatul
Written By Anis Rabiatul

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Bisnes

99 Speed Mart Retail Holdings Bhd yang baru disenaraikan di Bursa Malaysia baru-baru ini pertahan struktur imbuhan syarikat dengan menjelaskan bahawa jumlah gaji yang...

Lokal

Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok yang sedang disiasat polis susulan kenyataannya berkenaan pensijilan halal telah mengadakan jumpa dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan...

Bisnes

Tupperware Brands sedang bersiap untuk fail bankrap seawal minggu ini susulan saham syarikat itu jatuh sebanyak 15.8 peratus kepada 43 sen selepas waktu dagangan....

Lokal

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain memberi komen ringkas mengenai siasatan kes Op Global yang membabitkan Global...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd