Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Kelayakan FIFA 2026: Jordan Tewaskan Palestin 3-1

Finalis Piala Asia 2023, Jordan mencatat kemenangan pertama dalam kempen pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia (FIFA) 2026 selepas menewaskan Palestin 3-1 pada aksi Kumpulan B di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras malam tadi.

Foto: Facebook Palestine Football Association

Menurut laporan BERNAMA, penyerang skuad The Chivalrous Ones, Yazan Al-Naimat menjaringkan dua gol masing-masing pada separuh masa pertama dan kedua manakala gol tunggal Palestin berjaya dijaringkan penyerang Wessam Abouli ketika permainan menghampiri waktu rehat.

Jaringan di pertengahan babak kedua oleh pemain tengah Selangor FC Al-Deen Raawadeh dibantu Jamal Sellami memberi kemenangan kepada Jordan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Palestin berada di ranking ke-96 dunia, mengalami kekalahan pertama selepas menampilkan aksi yang cemerlang dalam pusingan kelayakan apabila mencuri satu mata ketika mengikat Korea Selatan 0-0 di Seoul minggu lepas.

Foto: Facebook Palestine Football Association

Terdahulu, gerakan berseorangan Al-Naimat pada perlawanan malam tadi menerjah gawang pada minit kelima untuk gol pertama Jordan namun Palestin berjaya menyamakan kedudukan empat minit sebelum tamat separuh masa pertama.

Jordan kembali mendahului apabila Al-Naimat sekali lagi memecah gawang Palestin  pada minit ke-50 dan akhirnya meledak gol ketiga oleh Al-Rawabdeh pada minir ke-72 untuk mengesahkan kemenangan pertama yang seri 1-1 dengan Kuwait di Amman, minggu lepas.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Jordan akan menerima kedatangan Korea Selatan di Amman, manakala Palestin dijadualkan berkunjung ke Iraq untuk menentang tuan rumah bulan depan.

Sebagai rekod, Palestin memilih Malaysia sebagai gelanggang neutral untuk menghadapi kempen kelayakan selepas negara bergolak dengan peperangan akibat kekejaman tentera Israel.

Sumber: BERNAMA

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Tina Rahman

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

DSAT Group bakal mengambil tindakan undang-undang saman terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mohammad Sanusi Md Nor. Menerusi satu hantaran di Facebook Pengerusi Eksekutif...

Lokal

Tular di media sosial luahan seorang kakitangan badan penyiaran milik kerajaan, RTM yang mendakwa dirinya bersama beberapa rakan sekerja lain sudah beberapa bulan tidak...

Nasional

Berhubung cadangan bagi menghentikan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi kursus universiti yang mencatatkan kadar bayaran balik pinjaman kurang 30 peratus, pihak...

Dunia

Seorang remaja perempuan dilaporkan maut selepas terjatuh dari tingkat empat di pusat membeli-belah MixC di bandar Jining, wilayah Shandong, China, 16 November lalu. Foto:...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd