Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Olimpik Paris: Atlet AS Dakwa Pingat Bertukar Luntur, Buruk Selepas Seminggu

Bintang skateboard Amerika Syarikat (AS), Nyjah Huston mengkritik kualiti pingat Olimpik Paris 2024 selepas gangsa yang dimenanginya mula kelihatan luntur.

Menerusi laporan The Telegraph, atlet lelaki berusia 29 tahun itu mendakwa keadaan pingatnya yang sangat berbeza hanya seminggu selepas dimenanginya di Paris.

Foto: bleacherreport.com

“Jadi pingat Olimpik ini kelihatan hebat apabila ia baru.
“Tetapi selepas membiarkannya melekat pada kulit saya dengan sedikit peluh dan membiarkan rakan saya memakainya pada hujung minggu…,” katanya sebelum menunjukkan keadaan pingat tersebut.

Huston juga memberitahu bahawa bahagian belakang pingat itu sudah mengelupas selain warna gangsanya bertukar menjadi pudar.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Instagram Nyjah Huston

“Ia (pingat Olimpik) nampaknya tidak berkualiti tinggi seperti yang anda fikirkan. Ia kelihatan kasar.
“Saya tidak tahu, pingat Olimpik perlu ditingkatkan kualitinya sedikit, ia kelihatan seperti pergi berperang dan kembali,” ujarnya.

Huston sebelum ini telah memenangi emas sebanyak 12 kali dalam X-Games dan enam kali dalam Kejohanan Dunia selain mempunyai sembilan perak serta empat gangsa dalam kedua-dua pertandingan.

Foto: The Telegraph

Untuk makluman, setiap pingat yang dianugerahkan di Sukan Olimpik Paris terdapat ukiran Menara Eiffel sebagai mercu tanda negara itu dengan bentuk heksagon 18 gram di tengah setiap pingat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Setiap satu mempunyai berat sekitar 530g dan direka oleh jenama mewah, Chaumet dan kelebarannya adalah 85mm tepat.

Sumber: The Telegraph

Avatar
Written By Azurah Amilkasan

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Bisnes

99 Speed Mart Retail Holdings Bhd yang baru disenaraikan di Bursa Malaysia baru-baru ini pertahan struktur imbuhan syarikat dengan menjelaskan bahawa jumlah gaji yang...

Lokal

Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok yang sedang disiasat polis susulan kenyataannya berkenaan pensijilan halal telah mengadakan jumpa dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan...

Bisnes

Tupperware Brands sedang bersiap untuk fail bankrap seawal minggu ini susulan saham syarikat itu jatuh sebanyak 15.8 peratus kepada 43 sen selepas waktu dagangan....

Lokal

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain memberi komen ringkas mengenai siasatan kes Op Global yang membabitkan Global...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd