Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Olimpik Paris: Pelari Botswana Berjaya Kalahkan Lelaki Terpantas Dunia

Pelari pecut Botswana, Letsile Tebogo mencipta kejutan selepas merangkul pingat emas dalam acara perlumbaan 200 meter (m) lelaki Sukan Olimpik Paris 2024 awal pagi tadi.

Menurut laporan Sinar Harian, kemenangan atlet berusia 21 tahun itu sekali gus mengagalkan pingat emas berganda buat raja pecut Noah Lyles, dari Amerika Syarikat (AS).

Foto: mynewsgh.com

Tebogo melepasi garisan penamat dengan catatan 19.46 saat (s) dalam acara tersebut yang berlansung di Stade de France, Perancis.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Catatan itu merupakan empat saat lebih pantas daripada rekod peribadi Tebogo sekali gus menciptakan rekod baharu Afrika.

Pingat perak dan gangsa pula berjaya diraih AS, iaitu Kenny Bednarek dan Lyles dengan rekod kepantasan masing-masing ialah 19.62s dan 19.70s.

Foto: Sinar Harian

Sebelum ini, Lyles dinobatkan lelaki terpantas dunia selepas mengungguli acara 100m pada tiga hari lalu, sedangkan Tebogo sekadar menamatkan saingan di kedudukan keenam.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kejayaan Tebogo meraih emas tersebut merupakan kejayaan terbesarnya di peringkat antarabangsa dan pingat pertama bagi Bostwana di temasya Paris buat masa ini.

Pada Kejohanan Dunia di Budapest, Hungary tahun lalu, Tebogo hanya sekadar meraih gangsa dalam acara 100m.

Sumber: Sinar Harian

Advertisement. Scroll to continue reading.

Avatar
Written By Azurah Amilkasan

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Bisnes

99 Speed Mart Retail Holdings Bhd yang baru disenaraikan di Bursa Malaysia baru-baru ini pertahan struktur imbuhan syarikat dengan menjelaskan bahawa jumlah gaji yang...

Lokal

Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok yang sedang disiasat polis susulan kenyataannya berkenaan pensijilan halal telah mengadakan jumpa dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan...

Bisnes

Tupperware Brands sedang bersiap untuk fail bankrap seawal minggu ini susulan saham syarikat itu jatuh sebanyak 15.8 peratus kepada 43 sen selepas waktu dagangan....

Lokal

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain memberi komen ringkas mengenai siasatan kes Op Global yang membabitkan Global...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd