Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Olimpik Paris: Latihan Renang Di Sungai Seine Dibatalkan Lagi

Penganjur temasya Sukan Olimpik Paris 2024 sekali lagi membatalkan latihan renang air terbuka kerana berlaku pencemaran di Sungai Seine pada Isnin.

Menurut laporan BBC, perkara itu merupakan kali kelima berlaku sepanjang temasya itu membabitkan latihan serta perlawanan selepas kualiti air dilaporkan ‘teruk’ sehingga memaksa sesi suai kenal renang dibatalkan.

Foto: BBC

Selain itu, acara renang bagi kategori lelaki juga terpaksa ditunda sehari. Pembatalan terbaharu itu diumum sehari selepas acara triatlon berpasukan campuran diadakan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sungai Seine sebelum ini sudah digunakan bagi acara renang triatlon dan dilapor akan tetap digunakan bagi acara renang maraton.

Hasil ujian kualiti air menunjukkan paras bakteria enterokokus di dalam sungai menurun dan bersesuaian dengan piawaian yang diperlukan, walaupun paras E. coli dianggap masih boleh diterima.

Bagaimanapun, hujan lebat yang berlaku telah meningkatkan tahap bakteria di Sungai Seine, walaupun cuaca panas sebelum itu telah membantu mengurangkan kadar pencemaran.

Foto: Bernama

Advertisement. Scroll to continue reading.

Jurucakap Paris, Anne Descamps dilaporkan berkata pihaknya yakin acara tersebut akan berjalan seperti yang dirancang berdasarkan kecenderungan cuaca.

Anne juga memaklumkan sekiranya Seine masih tidak boleh digunakan, acara renang akan dipindahkan ke Vaires-sur-Marne di timur Paris.

Satu lagi sesi suai kenal renang dijadualkan pada Rabu, bagi acara perlumbaan 10km wanita dan lelaki yang masing-masing akan berlangsung Khamis dan Jumaat ini.

Sumber: BBC

Advertisement. Scroll to continue reading.

Avatar
Written By Azurah Amilkasan

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Bisnes

99 Speed Mart Retail Holdings Bhd yang baru disenaraikan di Bursa Malaysia baru-baru ini pertahan struktur imbuhan syarikat dengan menjelaskan bahawa jumlah gaji yang...

Lokal

Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok yang sedang disiasat polis susulan kenyataannya berkenaan pensijilan halal telah mengadakan jumpa dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan...

Bisnes

Tupperware Brands sedang bersiap untuk fail bankrap seawal minggu ini susulan saham syarikat itu jatuh sebanyak 15.8 peratus kepada 43 sen selepas waktu dagangan....

Lokal

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain memberi komen ringkas mengenai siasatan kes Op Global yang membabitkan Global...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd