Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim membalas sindiran berhubung pesanan ‘ayor bukan ayaq’ oleh Ahli Parlimen Tambun, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu baru-baru ini.
Menurut laporan Malaysiakini, Anwar yang juga Presiden PKR memaklumkan bahawa beliau bukan orang luar sebaliknya pernah menetap di Perak selama sembilan tahun.
Foto; Google
Anwar berkata, beliau menuntut di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK), Kuala Kangsar selama tujuh tahun manakala ‘menetap’ dalam tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Kamunting dua tahun.
“Jadi saya sembilan tahun tekun, tak pergi mana-mana. Sejak ada di Perak, tak keluar langsung sembilan tahun itu.
“Orang lain keluar juga, pergi Melaka pergi Port Dickson. Saya tidak, sembilan tahun dengan tekun, taat kepada negeri Perak,” kata Ketua Pembangkang itu ketika ceramah PH di Alor Gajah, Melaka semalam.
Sebelum ini, Ahmad Faizal yang juga Menteri Belia dan Sukan memuat naik sebuah video di media sosial mengalu-alukan hasrat Anwar untuk bertanding di tempatnya dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Selamat datang ke Tambun 😊 pic.twitter.com/HslwmYSeeJ
— Faizal Azumu (@PejaOfPerak) October 21, 2022
“Di Tambun kita sebut ayor. Dengar betul-betul, ayor, bukan ayaq. OK terima kasih. Selamat datang,” ujar Ahmad Faizal.
Meninjau reaksi netizen, segelintir individu seolah-olah tidak menyambut baik kedatangan Anwar untuk bertanding di Perak dengan meninggalkan komen berunsur sindiran.
Mereka berkata, tempoh Anwar menetap di Perak itu tidaklah selama beliau menjalani proses hukuman keluar-masuk penjara bagi pelbagai isu tidak lama dahulu.
10 tahun di Sungai Buloh?
Macam-macam kes.. rakyat Tambun dah tunggu janji
100 tahun pun belum tentu nak undi
Dalam tahanan pun kira?
Kalau bertanding negeri lain, beliau cakap apa pula?
Untuk rekod, Anwar menjadi Ahli Parlimen Permatang Pauh, iaitu pada 1982 hingga 1999 dan pada 2008 hingga 2015.
Selepas larangan untuk bertanding dalam pilihan raya tamat, beliau bertanding dan menang PRK Port Dickson pada Oktober 2018.
Sumber: Malaysiakini (Raveena Nagotra) , Twitter Ahmad Faizal