Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Mohd Azizi Akan Bawa Pengumuman Pengosongan Kerusi ADUN Nenggiri Ke Mahkamah

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri, Mohd Azizi Abu Naim akan bawa pengumuman pengosongan kerusi ADUN Nenggiri ke mahkamah dan bakal mengadakan perbincangan dengan peguam berkenaan proses undang-undang.

Memetik laporan Berita Harian, Mohd Azizi tidak terkejut dengan pengumuman yang dibuat oleh Speaker DUN Kelantan, Datuk Amar Nik Abdullah berkenaan kekosongan kerusi yang disandangnya.

Mohd Azizi bawa pengumuman Speaker DUN Kelantan ke mahkamah

Foto: Berita Harian

Katanya, sudah menjangkakan pengumuman tersebut selepas mengetahui Speaker DUN Kelantan akan mengadakan sidang media pada Rabu.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Saya tidak terkejut kerana saya sudah jangka pengumuman seperti hari ini akan berlaku. Bagaimanapun saya tidak mahu mengulas lanjut dan akan membawa kes ini ke mahkamah.
“Esok saya akan mengadakan perbincangan dengan peguam berhubung keputusan yang dibuat oleh Kelantan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Dalam pada itu, Mohd Azizi yang juga merupakan Ahli Parlimen Gua Musang turut mendakwa keputusan yang dibuat oleh DUN Kelantan hanya berdasarkan pemecatannya sebagai ahli BERSATU.

“Kita mempersoal beberapa perkara berhubung notis berkenaan iaitu surat yang dihantar oleh BERSATU sebelum ini hanya memaklumkan hilang keahlian.
“Notis terbabit juga tidak menyentuh soal kedudukan sebagai Ahli Parlimen dan ADUN,” ujarnya.

Sekadar info, Speaker DUN Kelantan telah mengumumkan kerusi DUN Nenggiri dikosongkan menerusi satu sidang media pada Rabu dan berkuat kuasa pada hari yang sama.

Foto: Bernama

Keputusan itu dibuat selepas DUN Kelantan menerima notis bertulis mengikut fasal (3) Perkara 31A Undang-Undang Tubuh daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri, Mohd Azizi Abu Naim pada 13 Jun dan BERSATU pada 12 Jun lalu, yang memaklumkan hilang keahlian BERSATU dan seterusnya berlaku kekosongan luar jangka kerusi berkenaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Maka dengan ini saya mengisytihar menurut Fasal 1 Perkara 31A bahawa berlaku kekosongan luar jangka kerusi DUN Nenggiri diwakili Mohd Azizi.
“Maka dengan ini menurut Fasal 4(4) Perkara 31A, kekosongan kerusi perlu diisi dalam tempoh 60 hari dari tarikh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima notis kekosongan,” kata Mohd Amar.

Foto: Free Malaysia Today

Terdahulu, enam Ahli Parlimen dan seorang ADUN BERSATU dilaporkan oleh media sudah pun digugurkan keahliannya serta-merta.

Mereka ialah Ahli Parlimen Bukit Gantang Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal, Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang) yang juga ADUN Nenggiri.

Selain itu, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Datuk Suhaili Abdul Rahman (Labuan) dan Datuk Dr Zulkafperi Hanafi (Tanjong Karang), manakaa ADUN ialah ADUN Selat Klang Datuk Abdul Rashid Asari.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Berita Harian (Nor Fazlina Abdul Rahim)

Anis Rabiatul
Written By Anis Rabiatul

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

DSAT Group bakal mengambil tindakan undang-undang saman terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mohammad Sanusi Md Nor. Menerusi satu hantaran di Facebook Pengerusi Eksekutif...

Nasional

Berhubung cadangan bagi menghentikan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi kursus universiti yang mencatatkan kadar bayaran balik pinjaman kurang 30 peratus, pihak...

Spotlight

Kumpulan K-Pop terkenal, 2NE1 telah berjaya terbang ke Manila, Filipina, pada Sabtu dan Ahad lalu bagi konsert jelajah Asia yang mendapat sambutan luar biasa...

Lokal

Tular di media sosial luahan seorang kakitangan badan penyiaran milik kerajaan, RTM yang mendakwa dirinya bersama beberapa rakan sekerja lain sudah beberapa bulan tidak...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd