Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Anggap Malaysia Rakan Baik, China Puji Usaha Anwar Ibrahim Perkukuh Hubungan Dua Hala

China memuji pendirian yang dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam memperkukuhkan hubungan Malaysia dengan negara mereka.

Memetik laporan Bernama, jurucakap Kementerian Luar China, Lin Jian berharap agar kerjasama yang dijalinkan dengan Malaysia dapat memperkuatkan hubungan persahabatan tradisional sekali gus meningkatkan kerjasama dalam pelbagai bidang untuk memperdalam pembinaan komuniti berkongsi nasib China-Malaysia.

Foto: China Media Group

Selain menganggap Malaysia sebagai rakan baik, Lin turut menegaskan bahawa China terus menyokong Malaysia dan negara ASEAN lain dalam mengekalkan solidariti dan kemajuan kendiri disamping mempertahankan pemusatan ASEAN dengan kerangka serantau yang inklusif.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Tak kira bagaimana situasi antarabangsa berubah, China dan Malaysia tetap rakan baik dan sejati yang saling percaya dan bergotong-royong sejak penjalinan hubungan diplomatik pada lima dekad lalu,” katanya ketika sidang media pada Isnin.

Tambahnya lagi, China akan kekal komited terhadap prinsip keterbukaan, kerjasama dan saling menguntungkan serta sinergi dengan negara-negara ASEAN untuk mengukuhkan pembentukan komuniti nasib bersama China-ASEAN yang lebih erat.

Menerusi satu temu bual baru-baru ini, Anwar telah memaklumkan bahawa penting untuk negara menguatkan hubungan dengan China memandangkan mereka bersedia menerima dan mempertimbangkan cadangan serta kebimbangan yang dikemukakan oleh Malaysia.

Foto: The Straits Times

Perihal ini termasuklah dalam membantu pembangunan ekonomi digital Malaysia, sumber tenaga boleh baharu (TBB) dan teknologi kecerdasan buatan (AI).

Sumber: Bernama

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nadhirah Suhaimi
Written By Nadhirah Suhaimi

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

DSAT Group bakal mengambil tindakan undang-undang saman terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mohammad Sanusi Md Nor. Menerusi satu hantaran di Facebook Pengerusi Eksekutif...

Nasional

Berhubung cadangan bagi menghentikan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi kursus universiti yang mencatatkan kadar bayaran balik pinjaman kurang 30 peratus, pihak...

Spotlight

Kumpulan K-Pop terkenal, 2NE1 telah berjaya terbang ke Manila, Filipina, pada Sabtu dan Ahad lalu bagi konsert jelajah Asia yang mendapat sambutan luar biasa...

Lokal

Tular di media sosial luahan seorang kakitangan badan penyiaran milik kerajaan, RTM yang mendakwa dirinya bersama beberapa rakan sekerja lain sudah beberapa bulan tidak...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd