Connect with us

Hi, what are you looking for?

Filem

PM Zahir Rasa Kagum, Bangga Dengan Keberanian Filem Sheriff

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan rasa kagum, bangga dan terkesan dengan filem Sheriff Narko Integriti yang ditonton beliau di sebuah pusat beli-belah di Putrajaya, malam tadi.

Menerusi akaun Facebook miliknya, beliau memaklumkan filem itu sarat dengan mesej mendalam mengenai peranan agensi penguatkuasa dalam negara dan pada masa sama, memuji penerbitan filem Melayu yang semakin maju serta kreatif.

“Cerita ini papar kelemahan dalam suatu pasukan tapi juga ada kekuatannya dalam Malaysia (penguatkuasa) iaitu tidak kurang orang yang sangat mempertahan integriti serta menolak kecurangan seperti gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa,” tulisnya.

Foto: FB Anwar Ibrahim

Beliau berkata, filem arahan Syafiq Yusof itu turut membuka lebih banyak ruang kepada kerajaan dan kementerian untuk menyemarakkan industri perfileman negara.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kalau inilah prestasi yang kita capai pada masa depan, dunia perfileman Melayu itu sangat cerah.
“Pihak kerajaan dan agensi terkait akan beri kerjasama untuk memungkinkan kreativiti serta menyemarakkan penyuburan seni seterusnya memungkinkan daya cipta dan kreatif,” katanya lagi.

Foto: FB Anwar Ibrahim

Dalam pada itu, Anwar turut menggesa mana-mana pihak yang belum menonton Sheriff Narko Integriti agar berbuat demikian dengan mengambil kira keupayaan filem itu yang membanggakan.

Terdahulu, Anwar bersama isterinya Datuk Seri Wan Azizah, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail meluangkan masa kira-kira dua jam setengah menonton filem berkenaan.

Foto: FB Anwar Ibrahim

Advertisement. Scroll to continue reading.

Turut dilihat hadir bersama, pelakon Zul Ariffin, Azira Shafinaz, Aaron Aziz serta Elizabeth Tan dan penganalisis jenayah Kamal Affandi Hashim yang turut mengetengahkan bakatnya menerusi filem tersebut.

Sumber: Facebook Anwar Ibrahim

Avatar
Written By Firdaus Rostam

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Tular di media sosial satu video memaparkan seorang wanita yang juga merupakan isteri dengan tenang terjah suami sedang dating dan berlaku curang terhadapnya pada...

Lokal

Polis sahkan penemuan orang awam di celah pokok dalam kebun durian di Jalan Yong Peng-Muar bersebelahan Kompleks Penghulu pada Isnin merupakan rangka manusia dan...

Lokal

Hakim Mahkamah Sesyen Bandar Baru Bangi, Shahrul Rizal Majid menasihati ‘Miza Ozawa’ yang menjalankan aktiviti persundalan menerusi aplikasi Telegram supaya pulang ke kampung dan...

Lokal

Pakar penyakit ginjal kronik, Prof. Dr. Ab Aziz Al-Safi Ismail telah menerima sijil daripada Asia Book of Records atas pencapaiannya merawat jumlah pesakit penyakit...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd