Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Rugi Jutaan Ringgit, Pemilik Halalkan Ikan Arowana Yang Hanyut

Pemilik kolam ternakan yang dikenali sebagai Ng dilaporkan telah menghalalkan ikan arowana ternakannya yang hanyut di Layang-Layang, Kluang, Johor pada Selasa lalu.

Menurut satu laporan Buletin TV3, lelaki tersebut berkata, perusahaan ternakan ikan hiasan itu telah diusahakannya sejak 35 tahun lalu dan yakin ikan-ikan itu hanyut ke merata tempat, bukan hanya di lokasi yang berhampiran sahaja.

Foto: Media sosial

“Harap tiada pihak yang salahkan penduduk kampung. Perkara sudah berlaku dan ia di luar kawalan saya,” katanya.

Ng juga berkata, usaha untuk mendapatkan kembali kira-kira 15,000 hingga 18,000 ikan ternakan itu merupakan hal yang rumit sekali gus berasa wajar menghalalkan sahaja ikan ditangkap oleh penduduk.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Diri saya mahupun orang kampung tidak bersalah, jangan mengecam kejadian ini kerana ia berlaku tanpa diduga.
“Saya sudah lama menjalankan perusahaan ini dan memiliki hubungan baik dengan penduduk kampung, biarlah mereka mengambil atau sebaliknya ikan yang ditemukan,” ujarnya.

Foto: Media sosial

Ng turut berkongsi dia terpaksa menanggung kerugian jutaan ringgit akibat insiden itu kerana nilai bagi setiap satu ikan arowana induk adalah bernilai RM20,000 dan sedang memikirkan untuk memindahkan perusahaannya ke lokasi yang lebih sesuai.

“Kejadian itu mungkin berpunca daripada kerja pembinaan infrastruktur tertentu, diharap pihak berkaitan menjalankan siasatan dengan segera.
“Saya sudah melaporkan kejadian kepada pihak polis dan akan mengambil tindakan mahkamah,” jelasnya lagi.

Sebelum ini, ribuan ekor ikan spesis arowana dilaporkan telah ditemukan di kawasan anak sungai dan parit yang berada di sekitar kawasan Layang dan Simpang Renggam dipercayai dihanyutkan dari kawasan kolam ternakan kawasan berdekatan.

Foto: Media sosial

Advertisement. Scroll to continue reading.

Hal itu mendorong penduduk di kawasan berdekatan untuk menangkap ikan hiasan bersisik emas dan putih itu yang dianggarkan mempunyai berat sekitar dua kilogram.

Sumber: Buletin TV3

Avatar
Written By Azurah Amilkasan

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang bapa meluah rasa terkilan sambil menangis selepas mendapati anak perempuannya telah dinikahi dengan pengurus sekolah pondok anaknya tanpa izinnya. Memetika laporan tvonenews, bapa...

Lokal

Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) hari ini menegaskan kesetiaan pekerja tidak boleh dibeli dengan wang, sebaliknya mampu jika seimbang dengan kesejahteraan mental. CEO...

Sosial

Seorang wanita dilaporkan ditangkap basah oleh suaminya apabila didapati curang dengan seorang lelaki lain di dalam bilik tidur mereka sendiri ketika pasangan halalnya itu...

Nasional

Perusahaan Sosial Malaysia telah menerima pengiktirafan berganda oleh Social Enterprise World Forum (SEWF) pada Mac lalu sekali gus memberi peluang bagi Perusahaan Sosial Diakreditasi...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd