Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Dakwaan Curang Di Kelab Malam, TikToker Islamik Tampil Beri Penjelasan

Seorang TikToker Islamik dari Indonesia tampil memberi penjelasan selepas dakwaan dirinya dan seorang wanita bermesra di sebuah kelab malam tular di media sosial, baru-baru ini.

Menerusi saluran Youtube Macan Idealis, Gus Zizan menyatakan bahawa dakwaan curang bersama penyanyi wanita, Zoe Levana merupakan salah faham kerana kejadian itu berlaku selepas dia memutuskan hubungan dengan teman wanita terdahulu.

Foto: IG Gus Zizan

Meskipun tidak menafikan keberadaannya di kelab malam, namun pemuda berusia 21 tahun itu menjelaskan bahawa video yang tular merupakan perbuatan salah seorang rakannya yang turut berada di tempat kejadian.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Difahamkan, individu terbabit dikatakan menyimpan perasaan terhadap bekas teman wanitanya itu.

“Saya ke kelab malam bersama dengan kawan saya lepas putus dengan teman wanita. Zoe hanya kenalan biasa tidak lebih daripada itu. 
“Tetapi kawan saya yang saya ajak ke kelab telah merakam video saya dan Zoe. Dia menyukai bekas kekasih saya lalu hantar rakaman tersebut kepada dia (bekas kekasih),” katanya.

Dalam pada itu, Gus berkata, kawan baik kepada bekas kekasihnya itu mula memuat naik video tersebut di media sosial selepas dia mula dikenali ramai sehingga ia menjadi tular.

“Saya minta maaf kalau perkara ini membuatkan ramai tersinggung dan tidak selesa dengan Zoe. Saya juga ada minta tolong daripada kawan-kawan untuk report akaun itu kerana dia (pemilik akaun) akan sentiasa buat akaun baru.
“Video itu bukan server Indonesia tapi di Kanada. Saya rasa dia bayar seseorang yang profesional untuk muat naik video yang menyebarkan aib-aib orang lain,” ujarnya.

Foto: IG Zoe Levana

Terdahulu, Gus telah menjadi bualan hangat netizen di Indonesia selepas muncul video memaparkan dia sedang bermesra dan bercumbu dengan seorang wanita di kelab malam.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Youtube Macan Idealis

Nadhirah Suhaimi
Written By Nadhirah Suhaimi

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Spotlight

Penyanyi runut bunyi anime, Sayuri meninggal dunia 20 September lalu pada usia 28 tahun, hanya enam bulan selepas berkahwin dengan suaminya, Amaarashi. Menerusi satu...

Sosial

Seorang pegawai polis dari Thailand cakap Bahasa Melayu untuk menasihati rakyat Malaysia yang melawat negara itu sentiasa membawa lesen memandu tidak kira lesen memandu...

Spotlight

Baru-baru ini, pelakon terkenal Indonesia, Raffi Ahmad  menerima gelaran doktor honoris causa atau doktor kehormat dari Universal Institute of Professional Management (UIPM) di Thailand....

Lokal

Muhammad Amir Hakimi Sabari, anak kepada pesara Felcra, Sabari Baharom yang disyaki dibunuh dengan cara dicampak ke dalam Sungai Padang Terap, Jitra akui kenal...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd