Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

Kerjasama Dengan Microsoft, Truecaller Bakal Boleh Jawab Panggilan Telefon Guna Suara Pemilik?

Aplikasi telefon pintar, Truecaller mengumumkan bahawa perisian terkini aplikasi mereka boleh menjawab panggilan telefon bagi pihak pengguna dengan menggunakan suara sebenar mereka pada pagi ini.

Menerusi satu kenyataan, wakil Truecaller RohitG berkata, Truecaller dengan bangganya mengumumkan perkongsian dengan Microsoft untuk menggunakan teknologi Suara Peribadi baharu daripada Microsoft Azure AI Speech.

Foto: Laman WEB Truecaller

“Pembantu AI Truecaller, yang pertama kali diperkenalkan pada Sep 2022, telah pun menggabungkan pelbagai teknologi AI yang boleh menjawab panggilan telefon secara automatik untuk anda, menyaring panggilan, menerima mesej, membalas bagi pihak anda atau merakam panggilan untuk tontonan anda kemudian,” katanya.

Dia juga berkata, pengguna Truecaller Assistant kini boleh mencipta versi digital menggunakan sepenuhnya suara mereka sendiri untuk diguna dalam Assistant selepas penambahan Suara Peribadi Microsoft tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Ini bermakna jika anda sudah mempunyai Assistant pada apl Truecaller anda, anda boleh meminta pemanggil anda mendengar versi suara anda yang direplikasi dan sahih dan bukannya salah satu daripada banyak pembantu digital yang ditawarkan,” ujarnya lagi.

Dia turut memberitahu ciri tersebut dikenali sebagai Personal Voice, manakala demo yang memperlihatkan bagaimana ciri itu digunakan dan berfungsi telah dipamerkan pada persidangan Microsoft Build di Seattle.

Foto: zeebiz.com

“Dengan ciri Suara Peribadi baharu daripada Microsoft Azure AI Speech dalam Truecaller, pengguna akan dapat merakam beberapa saat suara mereka sendiri untuk mencipta suara digital, sambil menyediakan Truecaller Assistant,” tambahnya lagi.

Untuk makluman, Personal Voice kini sedang dilancarkan secara beransur-ansur di semua negara yang bermula di Amerika Syarikat, Kanada, Australia, Afrika Selatan, India, Sweden dan Chile, serta tidak lama lagi akan tersedia di negara lain.

Sumber: Truecaller

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Azurah Amilkasan

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

DSAT Group bakal mengambil tindakan undang-undang saman terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mohammad Sanusi Md Nor. Menerusi satu hantaran di Facebook Pengerusi Eksekutif...

Lokal

Tular di media sosial luahan seorang kakitangan badan penyiaran milik kerajaan, RTM yang mendakwa dirinya bersama beberapa rakan sekerja lain sudah beberapa bulan tidak...

Dunia

Seorang remaja perempuan dilaporkan maut selepas terjatuh dari tingkat empat di pusat membeli-belah MixC di bandar Jining, wilayah Shandong, China, 16 November lalu. Foto:...

Spotlight

Kumpulan K-Pop terkenal, 2NE1 telah berjaya terbang ke Manila, Filipina, pada Sabtu dan Ahad lalu bagi konsert jelajah Asia yang mendapat sambutan luar biasa...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd