Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Pengarah Komunikasi AMK Bidas Dakwaan PADU Gagal, Tidak Berasas

Pengarah Komunikasi Angkatan Muda Keadilan (AMK), Haziq Azfar Ishak menyelar tindakan seorang individu yang secara semborono membuat tuduhan berkaitan aplikasi sistem Pangkalan Data Utama (PADU) sehingga tersebarnya khabar angin negatif dalam kalangan masyarakat.

Menurut laporan Sinar Harian, beliau berkata bahawa kejayaan atau kegagalan sistem PADU hanya boleh diukur melalui keberkesanan agihan subsidi bersasar yang akan dilaksanakan berdasarkan pergantungan terhadap sistem itu.

“Hakikatnya, konsep subsidi bersasar itu telah lama dibincangkan sejak pentadbiran Perdana Menteri keenam lagi sehinggalah pentadbiran Pakatan Harapan 2018 hingga 2020.
“Cabaran terbesar pelaksanaan subsidi bersasar yang adil hanya boleh dilaksanakan melalui pengwujudan pangkalan data yang mengintegrasikan kesemua data agensi kerajaan bagi memastikan ‘near real time’ data,” katanya menerusi satu kenyataan pada Selasa.

Foto: FB Haziq Azfar Ishak

Dalam pada itu, Haziq berkata bahawa kenyataan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi itu dibuat tanpa pengisian tidaklah mengejutkan kerana keghairahan beliau berkali-kali melakukan serangan terbuka terhadap Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menunjukkan ketidakpuasan hati pada sosok individu, bukannya isu atau permasalahan sebenar.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu, kenyataan yang dikeluarkan Puad bahawa PADU gagal adalah secara serkap jarang dan menunjukkan ketidakfahaman beliau terhadap konsep pelaksanaan subsidi bersasar tersebut.

Seperti yang tersebar di media sosial, kenyaatan Puad yang menyifatkan kegagalan sistem PADU adalah cerminan kepada kegagalan Menteri Ekonomi, serta kegagalan yang lain adalah kerana sistem kerja dan komunikasi yang gagal.

Sumber: Sinar Harian (Roskhoirah Yahya)

Advertisement. Scroll to continue reading.
+ posts

Avatar
Written By Firdaus Rostam

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Atlet kayak Malaysia, Siti Nurul Masyitah Elias dilaporkan cedera parah selepas dipercayai dilanggar oleh pemandu mabuk pada Sabtu. Menerusi satu perkongsian di Instagram, Persatuan...

Kolumnis

Malaysia sebuah negara yang mempunyai kepadatan penduduk sebanyak 33.7 juta (DoSM, 2024). Daripada jumlah penduduk ini, generasi dan usia dibahagikan kepada beberapa lapisan iaitu...

Lokal

Seorang bayi perempuan baru dilahirkan ditemui berbalut dengan kain batik dalam kotak di atas jalan berhampiran Gua Tempurung di Gopeng, Ahad lalu. Memetik laporan...

Lokal

Empat dewan bedah di Pusat Jantung Hospital Serdang dilaporkan sudah tidak boleh digunakan kerana kesemuanya menghadapi masalah penyelenggaraan. Memetik laporan The Star, Hospital Serdang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd