Baru-baru ini, tular satu video yang menunjukkan seorang peserta wanita dari Indonesia ditegur oleh seorang ulama tersohor dalam bidang tajwid iaitu Syeikh Ayman Suwaid dalam melagukan bacaan Al-Quran.
Menerusi satu perkongsian di akaun Tiktok, @tadabburcentre telah memuat naik sebuah video menunjukkan wanita tersebut sedang membaca al-Quran dengan mendayu-dayu secara dalam online di dalam sebuah program.
@tadabburcentre Peserta dari Indonesia, Suaranya Merdu & Mendayu – Dayu .. Syeikh Ayman Suwaid: “La haula wala quwwata illa billah!” Teguran buat mereka yang melampau dalam melagukan al-Quran. Allahul Musta’an… #quran #lagu #janganmelampau #tarannum
Menerusi video berkenaan, dapat dilihat pengacara rancangan tersebut meminta Syeikh Ayman memberikan komen seusai wanita itu menghabiskan bacaannya.
Syeikh Ayman menjelaskan bahawa kitab suci al-Quran bukanlah lagu kerana ia merupakan firman Allah SWT yang mengandungi segala perintah untuk dipatuhi oleh hambaNya.
“Al-Quran adalah pedoman hidup manusia. Bukanlah lagu. Al-Quran bukan lagu ,” ujarnya.
Dapat dilihat beliau sekali lagi mengingatkan kepada peserta dan penonton tentang kenyataan bahawa al-Quran bukan lagu, sebaliknya ia untuk memperbaiki suara dan bacaan agar dapat mendekatkan lagi jiwa terhadap kitab suci tersebut.
“Memperbaiki suara Al-Quran yang dimaksudkan adalah agar mengarahkan hati ke Al-Quran, bukan untuk memalingkan hati. Bukan lagu! Al-Quran bukan lagu,” tegasnya.
Tokoh agamawan itu tidaklah meletakkan kesalahan sepenuhnya kepada wanita tersebut memandangkan budaya melampau dalam melagukan al-Quran ini terlalu banyak terutamanya dari negara-negara timur seperti Filipina, Indonesia dan Malaysia.
Peserta wanita itu dinasihati sekali lagi oleh ulama berkenaan agar tidak mengulangi kesilapan dan mengikut ajaran para imam yang mutqin.
Sumber: TikTok @tadabburcentre