Seorang wanita meluahkan rasa kagum terhadap pemilik sebuah pasar raya Sabasun yang tidak lagi menjual produk Israel dalam perniagaannya.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh wanita tersebut di laman TikToknya, pasar raya Sabasun HyperRuncit itu telah memulakan langkah tersebut bermula 1 Mac 2024 dengan meletakkan notis sebagai makluman kepada pelanggan.
Pasar raya Sabasun
@ellyemirza HEBAT SABASUN!!!!!🫶🏻🫶🏻🫶🏻🫶🏻🫶🏻
Artikel lain: Boikot Starbucks Malaysia Hanya Merugikan Rakyat – Vincent Tan
“Aku macam kagum gila, wah hebat gila Sabasun. Bermula 1 Mac 2024, pihak Sabasun akan memboikot produk yang pro kepada Israel. Terima kasih atas sokongan anda kepada usaha ini.
“Barang Israel semua tak ada jual. Setiap rak dia tu, kalau benda (barang) yang sokong Israel tak ada, dia buang. Dekat Sabasun ni tak yah fikir nak beli barang apa dah sebab dia dah keluarkan semua pro Israel,” ujarnya dalam video tersebut.
Ramai puji tindakan pemilik perniagaan
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji tindakan berani yang diambil oleh pemilik kedai milik Melayu tersebut sebagai salah satu usaha membantu rakyat Palestin yang tertindas akibat perbuatan zalim zionis.
Jom sokong Sabasun!
Malah, netizen turut menyeru kepada orang ramai supaya memberi sokongan terhadap pasar raya itu selain mendoakan agar perniagaannya terus maju ke hadapan.
Sumber: TikTok @ellyemirza