bekas juara dunia divisyen Lightweight UFC, Khabib Nurmagomedov dakwa dipujuk pemimpin UFC untuk kembali ke octagon apabila individu terbabit menghubungi pengurusnya menyatakan hasrat tersebut.
Pemimpin UFC didakwa hubungi pengurus Khabib
Memetik laporan dari The Sun, Khabib mengatakan pengurusnya, Ali Abdelaziz telah dihubungi oleh pemimpin UFC untuk memujuknya bertarung lagi pada musim bunga akan datang.
Khabib Nurmagomedov dakwa dipujuk untuk bertarung di UFC 300
Hal ini susulan para peminat MMA di seluruh dunia percaya bahawa promosi baru-baru ini akan mengembalikan semula lagenda sukan terbabit ke pertarungan bersejarah UFC 300 pada bulan hadapan.
Artikel lain: Minta Latihan Bertinju, Khabib Tolak Permintaan Elon Musk Mentah-Mentah
Khabib Nurmagomedov dakwa dipujuk, tapi tetap dengan pendirian
Dalam pada itu, Bekas juara Brock Lesnar, Ronda Rousey dan Georges St-Pierre turut diura-urakan akan kembali dari persaraannya untuk sama-sama terlibat dalam pertarungan besar dengan tiket berbayar.
Walau bagaimanapun, peninju Rusia itu seakan keberatan untuk kembali bertarung apabila menyatakan yang dirinya sedia maklum tentang pemimpin UFC yang menghubungi penguruskan kepada MMA Junkie.
“Saya tahu mereka menghubungi Ali.
“Tetapi saya beritahu Ali, kali terakhir mungkin setahun lalu, saya kata, ‘Tidak kira siapa yang menelefon anda, tetapi jangan sesekali memanggil saya mengenai pertarungan.”
“Kami mempunyai persetujuan bersama: Secara langsung dengan saya, tiada siapa menghubungi. Tetapi saya tahu Ali berhubung dengan sesetengah pemimpin UFC.” ujarnya.
Terdahulu, Bekas juara lightweight itu mengumumkan dirinya bersara daripada sukan itu pada Oktober 2020 selepas mengalahkan Justin Gaethje pada pusingan kedua pertarungan UFC 254.
Dia berjanji dengan ibunya untuk tidak lagi bertarung selepas ketiadaan bapa di sisinya.
Sumber: The Sun, YouTube MMA Junkie