Connect with us

Hi, what are you looking for?

Filem

Tangguh Filem Antarabangsa Buka Lebih Ruang Filem Tempatan Masuk Pawagam

Tangguh tayangan beberapa filem antarabangsa di pawagam bakal memberi peluang kepada filem tempatan untuk mengisi kekosongan tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) Datuk Azmir Saifuddin Mutalib berkata hasil perbincangan Finas dan Persatuan Pemamer Filem Malaysia (MAFE) terdapat lebih kurang tujuh hingga sembilan filem tempatan yang berpotensi mendapat kutipan pecah panggung.

Tangguh filem antarabangsa

Artikel lain: Pengarah Nafi Filem La Luna Hina Islam, Pemikiran Liberal

“… kami  boleh katakan, ini sebagai satu peluang sebab saya dapat maklumat daripada pawagam ada beberapa syarikat perfileman antarabangsa yang meminta filem terbitan mereka ditangguhkan tayangan sehingga tahun depan.
“Hasil perbincangan dengan pawagam, selain filem tempatan, ada banyak filem dari Asia Tenggara yang mampu bersaing dengan filem dari Hollywood,” katanya kepada Bernama selepas menjadi tetamu program Jendela Fikir: Cabaran dan Masa Depan Filem Tempatan di Pawagam di Bernama Radio hari ini.

Bagi mencapai hasrat tersebut, Finas sedang bekerjasama dengan Persatuan Penerbit Filem Malaysia untuk merancang dan menganalisa serta mengenal pasti filem tempatan yang berpotensi mendapat kutipan pecah panggung.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Kami  sedang berbincang dengan produser yang akan menghasilkan filem tersebut terutamanya dari segi pemasaran, kerana jika boleh kami mahu mereka menguar-uarkan dua atau tiga bulan sebelum filem itu dikeluarkan.
“Ini penting, agar filem tersebut dikenali kerana proses itu membantu menarik penonton ke pawagam seterusnya menerima sambutan,” katanya.

Sumber: Bernama

+ posts

Nur Ain
Written By Nur Ain

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Atlet kayak Malaysia, Siti Nurul Masyitah Elias dilaporkan cedera parah selepas dipercayai dilanggar oleh pemandu mabuk pada Sabtu. Menerusi satu perkongsian di Instagram, Persatuan...

Kolumnis

Malaysia sebuah negara yang mempunyai kepadatan penduduk sebanyak 33.7 juta (DoSM, 2024). Daripada jumlah penduduk ini, generasi dan usia dibahagikan kepada beberapa lapisan iaitu...

Dunia

Bekas menteri di Kazakhstan dijatuhkan hukuman penjara 24 tahun atas kesalahan memukul dan membunuh isterinya pada November tahun lalu. Memetik laporan The Astana Times,...

Lokal

Empat dewan bedah di Pusat Jantung Hospital Serdang dilaporkan sudah tidak boleh digunakan kerana kesemuanya menghadapi masalah penyelenggaraan. Memetik laporan The Star, Hospital Serdang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd