Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Baru Sehari Dihantar Ke Pusat Asuhan, Bayi 3 Bulan Meninggal Dunia

Seorang bayi 3 bulan meninggal dunia hanya selepas sehari dihantar ke pusat asuhan di Setia Alam, Shah Alam kelmarin.

Memetik laporan dari Berita Harian, bayi berkenaan difahamkan tidak sedarkan diri sebelum meninggal dunia kira-kira jam 10.30 pagi.

Bayi 3 bulan meninggal, tak sedarkan diri di pusat asuhan

Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim, pihak polis menerima laporan daripada bapa mangsa pada jam  2.31 petang pada hari yang sama.

“Siasatan mendapati mangsa dihantar kali pertama oleh bapanya ke pusat asuhan itu pada jam 8.30 pagi hari berkenaan.
“Pada jam 10.30 pagi, pengurus pusat asuhan memaklumkan kepada bapa mangsa yang bayi berkenaan tidak sedarkan diri.
“Mangsa dibawa ke Jabatan Kecemasan Hospital Shah Alam dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia selepas usaha menyelamatkan mangsa dijalankan,” katanya.

Artikel lain: Bayi Dua Bulan Maut Selepas Dibiar Meniarap Sejam Tanpa Pengawasan

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bayi 3 bulan meninggal, bedah siasat dapati tiada kecederaan dalaman & luaran

Tambahnya, bedah siasat terhadap mangsa telah dijalankan kira-kira jam  12.30 tengah hari hingga 5 petang di Unit Forensik Hospital Shah Alam, semalam.

“Keputusannya masih menunggu hasil siasatan makmal. Pemeriksaan ke atas mangsa tidak menemui kecederaan luaran atau dalaman.
“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak dan jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya,” katanya.

Bayi 3 Bulan Meninggal Dunia

sekadar gambar hiasan

Setakat ini, kenyataan dari pihak pusat asuhan telah diambil dan kenyataan dari ibu bapa bayi berkenaan akan diambil setelah proses pengebumian di Kelantan selesai.

Beliau meminta agar orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes terbabit boleh menghubungi Pegawai Penyiasat,  Inspektor Muhammad Naqiuddin Nawawi di talian 011-21112824.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Berita Harian (Ruwaidah Md Zain)

+ posts

Siti Hajar
Written By Siti Hajar

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Atlet kayak Malaysia, Siti Nurul Masyitah Elias dilaporkan cedera parah selepas dipercayai dilanggar oleh pemandu mabuk pada Sabtu. Menerusi satu perkongsian di Instagram, Persatuan...

Kolumnis

Malaysia sebuah negara yang mempunyai kepadatan penduduk sebanyak 33.7 juta (DoSM, 2024). Daripada jumlah penduduk ini, generasi dan usia dibahagikan kepada beberapa lapisan iaitu...

Sosial

Seorang pempengaruh media sosial yang berasal dari Sumatera Indonesia bertindak mengkritik seorang wakil rakyat mengenai kerosakan jalan di Kabupaten Lampung Selatan melalui beberapa hantaran...

Dunia

Bekas menteri di Kazakhstan dijatuhkan hukuman penjara 24 tahun atas kesalahan memukul dan membunuh isterinya pada November tahun lalu. Memetik laporan The Astana Times,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd