Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

BN Yakin 6 Ahli Parlimen Bersatu Sokong Anwar – “Saya Tak Nampak Mereka Kata Tidak”

Walaupun terpaksa berhadapan dengan tindakan pengosongan kerusi berikutan pindaan perlembagaan, Barisan Nasional (BN) yakin bahawa enam ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan terus sokong kepada kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut laporan Sinar Harian, Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan memberitahu beliau tidak merasakan enam ahli Parlimen Bersatu itu tidak menyokong Perdana Menteri.

BN yakin ahli parlimen Bersatu sokong Anwar

Artikel lain: Saranan PAS Hidupkan Semula Kerjasama Melalui MN Tidak Ikhlas – Presiden UMNO

Pun begitu, jika berlaku disebaliknya, ia menunjukkan enam ahli Parlimen Bersatu itu tidak mempunyai prinsip dalam kehidupan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Saya tak nampak mereka kata tidak… kalau mereka kata tidak bererti mereka ini tiada prinsip.
“Bila nak sokong Perdana Menteri sokonglah… jadi, nanti mereka akan diberikan surat tunjuk sebab bahawa mereka tergugur keahlian, lepas itu tentulah pihak Bersatu menghantar notis kepada Speaker Dewan Rakyat menyatakan bahawa enam ahli Parlimen itu telah tergugur keahlian dan kerusi mereka kosong,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar selepas Majlis sambutan Ulang Tahun ke- 20 Construction Labour Exchange Centre Berhad (CLAB) di sini pada Isnin.

Sebelum ini,  Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan sekiranya berlaku Pilihan Raya Kecil, parti itu akan meletakkan calon di enam kawasan Parlimen yang ketika ini disandang Ahli Parlimen Bersatu yang menyokong Perdana Menteri.

Ujarnya lagi, tindakan itu susulan kawasan Parlimen Kuala Kangsar, Gua Musang, Labuan, Jeli, Bukit Gantang dan Tanjung Karang itu adalah kerusi tradisi parti diketuainya.

Bagaimanapun, pihaknya akan melihat kepada keputusan mahkamah terlebih dahulu berhubung pindaan perlembagaan Bersatu berkaitan pengosongan enam kerusi parlimen berkenaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Sinar Harian (Izwan Rozlin)

+ posts

Nur Ain
Written By Nur Ain

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Atlet kayak Malaysia, Siti Nurul Masyitah Elias dilaporkan cedera parah selepas dipercayai dilanggar oleh pemandu mabuk pada Sabtu. Menerusi satu perkongsian di Instagram, Persatuan...

Kolumnis

Malaysia sebuah negara yang mempunyai kepadatan penduduk sebanyak 33.7 juta (DoSM, 2024). Daripada jumlah penduduk ini, generasi dan usia dibahagikan kepada beberapa lapisan iaitu...

Dunia

Bekas menteri di Kazakhstan dijatuhkan hukuman penjara 24 tahun atas kesalahan memukul dan membunuh isterinya pada November tahun lalu. Memetik laporan The Astana Times,...

Lokal

Empat dewan bedah di Pusat Jantung Hospital Serdang dilaporkan sudah tidak boleh digunakan kerana kesemuanya menghadapi masalah penyelenggaraan. Memetik laporan The Star, Hospital Serdang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd