Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Ketua Pemuda Umno Desak Anwar Ibrahim Pecat Menteri Pelancongan

Ketua Pemuda Umno, Dr Akmal Saleh desak Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pecat Menteri Pelancongan, Tiong King Sing susulan beberapa isu yang hangat diperkatakan, baru-baru ini.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Akmal di laman Facebooknya, dia meluahkan rasa kecewa apabila Tiong mengiktiraf makanan yang berasaskan babi iaitu bak kut teh sebagai makanan warisan negara.

Ketua Pemuda Umno desak Anwar pecat Menteri Pelancongan

Artikel lain: “Kami Nak Ajar Nga Sejarah Tanah Melayu Dan Perlembagaan Malaysia” – Pemuda Umno

Jelasnya, adalah lebih baik mengiktiraf makanan yang boleh dinikmati oleh semua rakyat tanpa mengira kaum mahupun agama demi menjaga sensitiviti masing-masing.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Daripada mengiktiraf bak kut teh menjadi hidangan warisan negara lebih baik mengiktiraf makanan lain seperti nasi goreng cina dan banyak lagi makanan yang boleh dimakan oleh semua rakyat di negara ini tidak kira kaum mahupun agama.
“Jika menteri tidak boleh nak berfikir sensitiviti rakyat Malaysia dan apakah relevannya dalam membuat keputusan,sudah tiba masanya kita mohon agar PMX Anwar Ibrahim untuk pecat sahaja menteri,” katanya.

Bukan itu sahaja, Akmal turut berpendapat tindakan yang sama perlu diambil memandangkan sebelum ini penurunan pangkat ketua pengarah Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia) Ammar Abd Ghapar yang disebabkan oleh kemerosotan prestasi.

“Kerana jika KP pelancongan diturunkan pangkat sebab prestasi merosot, maka alasan yang sama boleh digunakan kepada menteri yang bukan sahaja merosot, tetapi menteri yang paling teruk dalam sejarah.
“Menteri kong ka li kong lebih baik letak jawatan!” ujarnya.

Terdahulu, Tiong menjadi bualan hangat ramai apabila Ammar telah diturunkan pangkat sebagai timbalan ketua pengarah kerana tidak dapat melaksanakan tugas yang diberikan untuk menarik pelancong ke negara ini.

Sumber: Facebook @Akmal Saleh

Advertisement. Scroll to continue reading.
+ posts

Nur Ain
Written By Nur Ain

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Atlet kayak Malaysia, Siti Nurul Masyitah Elias dilaporkan cedera parah selepas dipercayai dilanggar oleh pemandu mabuk pada Sabtu. Menerusi satu perkongsian di Instagram, Persatuan...

Kolumnis

Malaysia sebuah negara yang mempunyai kepadatan penduduk sebanyak 33.7 juta (DoSM, 2024). Daripada jumlah penduduk ini, generasi dan usia dibahagikan kepada beberapa lapisan iaitu...

Lokal

Seorang bayi perempuan baru dilahirkan ditemui berbalut dengan kain batik dalam kotak di atas jalan berhampiran Gua Tempurung di Gopeng, Ahad lalu. Memetik laporan...

Sosial

Seorang pempengaruh media sosial yang berasal dari Sumatera Indonesia bertindak mengkritik seorang wakil rakyat mengenai kerosakan jalan di Kabupaten Lampung Selatan melalui beberapa hantaran...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd