Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

Bank-Bank Pelaburan Jangka Ekonomi Malaysia Berkembang 4.4-4.8 Peratus Pada 2024

Ekonomi Malaysia dijangka mengekalkan trajektori pertumbuhannya pada tahun ini, pada kadar yang lebih tinggi antara 4.4 peratus dan  4.8 peratus, menurut bank-bank pelaburan.

Maybank Investment Bank (Maybank IB) mengekalkan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebenar 2024 Malaysia pada 4.4 peratus, disokong oleh perbelanjaan pengguna yang berdaya tahan, eksport barangan dan perkhidmatan yang meningkat semula dan momentum pertumbuhan pelaburan yang positif.

“Berdasarkan dasar monetari Bank Negara Malaysia (BNM) dan pasaran pekerjaan yang stabil, selain langkah-langkah pendapatan Belanjawan 2024 untuk mengimbangi prospek inflasi yang tinggi, kami menjangka perbelanjaan pengguna akan berdaya tahan pada tahun ini,” katanya dalam nota penyelidikan hari ini.

Ekonomi Malaysia

Artikel lain: Kurangkan Perpecahan Ekonomi Global, APEC Tidak Boleh Goyah – Tengku Zafrul

Selain itu, ia menjangka  eksport barangan dan perkhidmatan meningkat semula berikutan terdapatnya tanda-tanda sektor pembuatan pulih, didorong oleh kenaikan industri teknologi dan momentum pemulihan sektor pelancongan yang berterusan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pelaburan sektor swasta yang diluluskan yang kukuh berjumlah lebih RM250 bilion setahun sejak 2021 diterjemahkan kepada pelaburan swasta sebenar atau direalisasikan  yang meningkat dan kemajuan projek infrastruktur utama yang sedang dilaksanakan serta projek baharu yang sedang menunggu kelulusan atau sedang dipertimbangkan untuk dilaksanakan akan menyokong momentum pertumbuhan pelaburan, menurut Maybank IB.

Sementara itu, Hong Leong Investment Bank (HLIB) menjangka ekonomi Malaysia akan berkembang pada kadar 4.8 peratus tahun ke tahun, diterajui oleh perbelanjaan isi rumah, pemulihan dalam sektor pelancongan dan realisasi pelaburan yang berterusan.

“Persekitaran kadar faedah global yang rendah, angka inflasi yang susut dan aktiviti perdagangan yang pulih turut dijangka menyokong pertumbuhan.
“Aktiviti pelancongan yang semakin baik, pemulihan daripada penurunan sektor teknologi dan permintaan luar yang kukuh akan memberikan sokongan kepada eksport.
“Sementara itu, pertumbuhan pekerjaan dan gaji yang berterusan akan menyokong perbelanjaan isi rumah,” katanya.

Mengenai inflasi, HLIB terus menjangka BNM akan mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.00 peratus untuk sepanjang tahun ini susulan jangkaan bank pusat itu bahawa inflasi keseluruhan dan teras akan kekal sederhana pada 2024.

Menurut Public Investment Bank Bhd, prospek Malaysia yang baik akan meningkatkan pertumbuhan KDNK sebenar negara kepada 4.7 peratus pada 2024, semakan semula daripada unjuran awal sebanyak 4.5 peratus.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Prospek dilihat baik apabila ekonomi global bersedia untuk menghadapi potensi situasi tidak menentu, dijangka diimbangi oleh pelaksanaan inisiatif strategik Malaysia seperti Belanjawan 2024, Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara, Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030  dan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12, semuanya sejajar dengan Kerangka Ekonomi MADANI.
“Penjajaran ini dijangka meningkatkan pertumbuhan KDNK sebenar Malaysia, disokong oleh permintaan domestik yang kukuh, aliran masuk pelaburan langsung asing yang berterusan, pelaburan yang mampan dan prospektif serta eksport elektronik yang meningkat semula dalam persekitaran pemulihan kitaran teknologi,” menurut Public Investment Bank.

Sumber: Bernama

Nur Ain
Written By Nur Ain

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

DSAT Group bakal mengambil tindakan undang-undang saman terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mohammad Sanusi Md Nor. Menerusi satu hantaran di Facebook Pengerusi Eksekutif...

Lokal

Tular di media sosial luahan seorang kakitangan badan penyiaran milik kerajaan, RTM yang mendakwa dirinya bersama beberapa rakan sekerja lain sudah beberapa bulan tidak...

Nasional

Berhubung cadangan bagi menghentikan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi kursus universiti yang mencatatkan kadar bayaran balik pinjaman kurang 30 peratus, pihak...

Dunia

Seorang remaja perempuan dilaporkan maut selepas terjatuh dari tingkat empat di pusat membeli-belah MixC di bandar Jining, wilayah Shandong, China, 16 November lalu. Foto:...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd