Rangakaian restoran makanan segera terkenal, McDonald’s akui terkesan dengan boikot yang dilakukan oleh sesetengah masyarakat dunia.
Jualan suku keempat 2023 tak capai sasaran
Memetik laporan daripada BBC, Mc Donald’s memaklumkan yang mereka tidak dapat mencapai sasaran jualan pada suku keempat 2023 dan gerakan boikot yang berlangsung dikatakan menjadi salah satu sebab memandangkan rangkaian restoran itu disangka menyokong Israel dalam perang yang terjadi.
Kredit foto: Google
McDonald’s akui terkesan dengan boikot, salahkan Perang Israel-Gaza
Difahamkan, hal tersebut merupakan kali pertama McDonald’s gagal mencapai sasaran jualannya dalam masa hampir empat tahun berikutan perkembangan lemah dalam divisyen perniagaan antarabangsa.
Perang Israel-Gaza telah memberi kesan besar kepada prestasi mereka di beberapa pasaran luar negara pada suku keempat 2023 dan sebilangan cawangan McDonald’s termasuk Asia Barat, China dan India mencatatkan pertumbuhan jualan berada pada angka 0.7 peratus sepanjang tempoh berkenaan.
Kredit foto: Google
Artikel lain: McDonald’s Malaysia Sasar Buka 750 Restoran Menjelang 2030
McDonald’s akui terkesan dengan boikot, perniagaan di Indonesia, Malaysia & Perancis turut terjejas
Ketua Pegawai Eksekutif McDonald’s, Chris Kempczinski juga memaklumkan yang perniagaannya di Malaysia, Indonesia dan Perancis turut terjejas dengan impak terbesar dicatatkan di rantau Asia Barat.
Menurut McDonald’s, kempen boikot tersebut berpunca daripada tanggapan salah terhadap francais berkenaan
“Selagi perang ini (Israel-Gaza) berterusan, kami tidak menjangkakan sebarang pemulihan signifikan bagi pasaran-pasaran tersebut,” ujarnya.
Kredit foto: Google
Perniagaan McDonald’s bergantung kepada sistem francais di mana beribu-ribu syarikat persendirian mengendalikan dan memiliki sebahagian besar daripada lebih 40,000 cawangannya di seluruh dunia.
Syarikat tersebut mengundang kritikan selepas francaisnya yang berpangkalan di Israel menyatakan bahawa ia memberikan beribu-ribu makanan percuma kepada askar Israel.
Perkembangan itu mencetuskan boikot besar-besaran di negara-negara majoriti penduduk Islam seperti Kuwait dan Pakistan.
Sumber: BBC