Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Simpan Stok Melebihi Had Lesen, 41 Tan Metrik Beras Disita – KPKM

Pasukan Penguat Kuasa Kawalselia Padi dan Beras (KPB) menyita 41 tan metrik beras pelbagai gred bernilai RM131,568 di sebuah premis perniagaan pada Selasa.

Menurut Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), KPB telah melaksanakan pemeriksaan rutin ke atas premis-premis borong dan runcit yang menjual beras di sekitar Selayang, Kuala Lumpur.

41 Tan Metrik Beras Disita

Foto hiasan

“Hasil pemeriksaan, KPB mendapat sebuah premis perniagaan telah menyimpan stok beras melebihi daripada muatan yang dinyatakan di dalam lesen.
“Oleh itu, KPB telah mengambil tindakan di bawah Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 [Akta 522] dengan menyita stok beras di premis tersebut berserta dokumen-dokumen yang berkaitan,” kata KPKM dalam satu kenyataan hari ini.

Artikel lain: Program Memfail Borang Nyata Cukai Keuntungan Modal Mulai 1 Mac 2024 – HASiL

Advertisement. Scroll to continue reading.

KPKM berkata, kesalahan yang dilakukan oleh pihak syarikat tersebut adalah kesalahan kali kedua dan boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM50,000 bagi kesalahan kali kedua sekiranya didapati bersalah.

Kes terbabit bakal disiasat di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Padi dan Beras (Pelesenan Pemborong dan Peruncit) 1996 P.U (A) 624.

41 tan metrik beras disita KPB

41 Tan Metrik Beras Disita

Sementara itu, KPB turut memberikan peringatan kepada semua pemegang lesen untuk mematuhi perundangan di bawah Akta 522 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Padi dan Beras 1996.

“Tindakan tegas akan diambil sekiranya pemegang lesen gagal mematuhinya,” ujar KPKM.

KPKM juga menyarankan orang awam untuk menyalurkan aduan atau maklumat secara rasmi kepada kementerian jika terdapat sebarang pelanggarang undang-undang berkaitan padi dan beras.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Orang ramai boleh menyalurkan aduan dan maklumat ke https://skpb.kpkm.gov.my/adu, [email protected] atau hubungi Ibu Pejabat KPB Putrajaya di 03-8870 1751/1748/1183.

Anis Rabiatul
Written By Anis Rabiatul

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Tular di media sosial luahan seorang kakitangan badan penyiaran milik kerajaan, RTM yang mendakwa dirinya bersama beberapa rakan sekerja lain sudah beberapa bulan tidak...

Dunia

Seorang remaja perempuan dilaporkan maut selepas terjatuh dari tingkat empat di pusat membeli-belah MixC di bandar Jining, wilayah Shandong, China, 16 November lalu. Foto:...

Spotlight

Kumpulan K-Pop terkenal, 2NE1 telah berjaya terbang ke Manila, Filipina, pada Sabtu dan Ahad lalu bagi konsert jelajah Asia yang mendapat sambutan luar biasa...

Politik

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) hanya memberikan gred D, iaitu 35.8 peratus sepanjang dua tahun pentadbiran Kerajaan Perpaduan walaupun ramai menyifatkan kerajaan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd