Pengendali pakej ibadah haji dan umrah, Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd (Andalusia) terus melangkah ke hadapan dengan perancangan jualan dan pemasaran lebih efisien serta holistik dalam menyantuni jemaah Malaysia.
Pengarah merangkap Penasihat Undang-Undang Andalusia, Ida Riswana Idris berkata, pihaknya percaya pakej yang disediakan membantu jemaah merancang perjalanan ibadah masing-masing dengan lebih mudah.
Andalusia Travel lancar pakej haji
“Mengikut tradisi, pakej haji dan umrah daripada Andalusia Travel sangat dinanti-nantikan orang ramai.
Misi kami adalah untuk menyediakan perkhidmatan umrah dengan berpatutan dan berkualiti kepada masyarakat Islam dengan harapan setiap umat Islam dapat menunaikan kewajipan agama mereka tanpa perlu bersusah payah dan bimbang,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran Pakej Haji 1445H dan Brosur Andalusia 2024/2025-1446H di Movenpick Hotel & Convention Centre, Sepang hari ini.
Artikel lain: Hong Leong Islamic & Andalusia Jalin Kerjasama, Sedia Pembiayaan Patuh Syariah Bagi Umrah
Sementara itu, Ida berkata pihaknya akan terus komited bagi mengekalkan mutu perkhidmatan selepas menyasarkan kira-kira 80,000 jemaah umrah tahun ini.