Persatuan Haiwan Malaysia (MMA) menawarkan ganjaran berjumlah RM5,000 kepada orang ramai yang boleh memberi maklumat tepat dan lengkap susulan kes 15 ekor anak kucing yang didakwa direndam hingga mati.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh MMA, kejadian itu berlaku berdekatan Jerantut selepas seorang penduduk membuat aduan kira-kira jam 8.00 malam pada 29 November lalu.
Difahamkan, satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Jerantut, semalam.
15 ekor kucing direndam
https://www.facebook.com/100083118853022/posts/326985346748758/?mibextid=WC7FNe
Artikel lain: Kes Aniaya Kucing, Ganjaran RM3,000 Bantu Kesan Suspek
“Tawaran ganjaran sebanyak RM5,000 kepada sesiapa sahaja yang berjaya merungkai kezaliman pembunuhan 15 anak kucing malang ini bagi menuntut keadilan supaya mengekang kejadian lebih buruk berulang pada masa akan datang.
“Saksi sama ada sahabat handai, kaum keluarga dan kenalan yang tahu individu mahupun kumpulan yang sengaja merendam semua anak kucing di Pasar Borong Jerantut hingga mati boleh hubungi Malaysia Animal Crime Transparency – MyAct di www.wasap.my/+60105394749.
“Persatuan Haiwan Malaysia memberi jaminan kerahsiaan maklumat saksi utama yang berjaya merungkai kes jenayah ini supaya dapat diadili di mahkamah dan pelaku menerima hukuman setimpal dengan kekejaman dilakukannya,” katanya.
Terdahulu, MMA menawarkan RM3,000 sesiapa yang boleh berikan maklumat untuk dua kes penganiayaan kucing yang membabitkan dua lokasi yang berbeza iaitu menyimbah cat putih dan menghempuk dengan batu hingga pecah kepala.
Sumber: FB @Persatuan Haiwan Malaysia