Selebriti terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari (BCL) yang bakal melangsungkan perkahwinan di Bali bersama jejaka pilihan hatinya, Tiko Aryawardhana dikhabarkan mendapat restu sepenuhnya daripada keluarga Allahyarham Ashraf Sinclair.
Ibu Ashraf titip pesan dan doa
Memetik laporan daripada Hops.id, ibu kepada Allahyarham Ashraf, Dida Sinclair dikatakan telah memberi keizinan kepada Bunga untuk bernikah dan turut menitipkan pesan serta doa sebelum bergelar isteri untuk kedua kalinya.
“Doa saya untuk Bunga agar dibimbing oleh Allah, agar tetap kuat, sehat, bahagia, dan bersyukur,” tulisnya.
BCL bakal disatukan 2 Disember
Terdahulu, Bunga dilaporkan bakal mendirikan rumah tangga dengan jejaka yang pernah dikaitkan dengannya iaitu Tiko Wardhana.
Bunga, 40, dan Tiko yang juga seorang duda dikatakan bakal disatukan sebagai suami isteri pada 2 Disember ini di sebuah hotel di Bali, Indonesia.
Artikel lain: Staf Pejabat Agama Dedah BCL Bakal Nikah 2 Disember Di Bali?
Hal tersebut didedahkan seorang petugas pejabat agama dikenali sebagai Emma Fatmayani apabila mengesahkan berita tersebut.
Untuk rekod, penyanyi lagu Wanita Terbahagia ini telah mendirikan rumah tangga dengan pelakon asal Malaysia, Ashraf Sinclair pada 2008 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Noah Aidan.
Walau bagaimanapun, Ashraf dikhabarkan meninggal dunia pada Februari 2020 semasa tidur akibat serangan jantung.
Sumber: hops.id