Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Galak Umat Islam Tunai Kewajipan, LZS Lancar Kempen Kongsi Rezeki Dengan Zakat

Lembaga Zakat Selangor (LZS) lancar Kempen Kongsi Rezeki Dengan Zakat bermula pada hari ini sehingga 31 Disember 2023.

Majlis tersebut disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Mohd Sabirin Mohd Sarbini dalam satu majlis di Shah Alam, hari ini.

LZS Lancar Kempen Kongsi Rezeki Dengan Zakat

“Kempen ini merupakan galakan dan seruan kepada umat Islam terutamanya di Selangor untuk menyegerakan kewajipan zakat sebelum berakhir tahun ini.
“Bagi tahun ini, kempen tersebut membawa tema ‘Sedikit Bagi Anda, Segalanya Buat Mereka’ yang mana ia mengajak seluruh masyarakat yang layak menunaikan kewajipan zakat untuk bersama-sama LZS membantu golongan asnaf,” kata LZS dalam satu kenyataan.

Artikel lain: MAIS Bantu Sucikan Harta, Anjur Kempen Kesedaran Wang Tidak Patuh Syariah

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menerusi kempen ini, masyarakat Islam dapat berkongsi rezeki zakat dengan golongan asnaf di Selangor agar mereka dapat meneruskan kelangsungan hidup dalam ekonomi sekarang.

Pada masa yang sama, kempen ini juga merupakan inisiatif dalam membangunkan bukan sahaja diri mereka namun juga keluarga.

Sehingga kini, LZS telah menyantuni lebih 68,000 keluarga asnaf fakir, miskin dan individu mualaf di sekitar Selangor.

Serentak dengan pelancaran kempen ini, LZS juga mengajak masyarakat untuk menyertai kempen-kempen inisiatif galakan kepada pengeluar zakat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menerusi kempen-kempen inisiatif ini, LZS menawarkan pelbagai tawaran hadiah menarik bernilai lebih RM60,000 sempena Kempen Kongsi Rezeki Dengan Zakat.

Antara kempen inisiatif dilakukan adalah Kempen Zakat Online On X On, Kempen Auto Kan Senang, Kempen Auto Debit, Kempen Kongsi Rezeki Video Challenge dan Early Bird.

Selain itu, bagi memudahkan urusan umat Islam di Selangor menunaikan kewajipan berzakat, pelbagai kemudahan pembayaran disediakan bagi memberi pilihan kepada pengeluar zakat.

Ini termasuk dengan waktu operasi tujuh hari seminggu di semua cawangan LZS sepanjang Disember ini, saluran pembayaran zakat seperti ZakatSelangor dalam talian dan pos online.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Ketua Pegawai Operasi LZS, Ahmad Fadhil Hassan, Ketua Pegawai Korporat dan Projek Khas LZS, Ariffa Ariffin dan Ketua Pegawai Kewangan LZS, Rapizah Muhammad Sharif.

Untuk sebarnag maklumat lanjut kempen ini, orang ramai boleh melayari jom.zakatselangor.com.my atau media sosial rasmi LZS.

Anis Rabiatul
Written By Anis Rabiatul

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Tular video di media sosial memaparkan kali terakhir seorang gadis, Nia Kurnia Sari dilihat warga kampung sebelum dilaporkan hilang dan mayatnya ditemui beberapa hari...

Lokal

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) memperuntukkan sebanyak RM1 juta kepada Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) bagi membantu golongan yang terbeban dengan hutang....

Lokal

Ibu kepada Al Fateh Fikry Amri, Sabrina Hakiem Zaini akan kembali bertugas sebagai guru selepas cuti sekolah pertengahan penggal kedua ini. Foto: Facebook Sinar...

Dunia

Puteri Wales, Kate Middleton berkongsi kelegaan selepas beliau selesai jalani rawatan kemoterapi yang telah berlangsung selama sembilan bulan menersui sebuah video yang sangat peribadi....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd