Connect with us

Hi, what are you looking for?

Filem

Ketengah Isu Kahwin Muda, Filem Imam Tanpa Makmum Selit Budaya Melayu Indonesia

Filem bertemakan ‘kahwin muda’ iaitu Imam Tanpa Makmum yang bergenre romantik komedi terbitan produksi Indonesia, Syakir Pictures dengan kerjasama Onprima Studio bakal menghiasi seluruh pawagam di Malaysia pada 30 November ini.

Uniknya, filem dibawah terbitan dan arahan pengarah muda, Syakir Daulay, 21, bukan sahaja mengetengahkan isu kahwin muda dalam kalangan masyarakat, bahkan ia turut menyelitkan budaya Melayu yang juga berada di Indonesia.

Syakir yang juga pemegang watak utama sebagai Imam berkata, filem itu dihasilkan untuk menunjukkan sisi positif dengan penggunaan penyusunan bahasa yang sopan dan manis didengari buat generasi masa kini dan akan datang.

Filem kahwin muda

“Saya pakai dengan hati saya, apa yang dibikin, apa yang kemudian lagi ada di fikiran saya, akhirnya saya memutuskan untuk membuat filem yang mengetengahkan budaya Melayu ini. 
“Kemudian, memang saya rasa ia amat bersesuaian kerana adanya budaya-budaya Melayu dan lain-lain. Memang itu keinginan saya, kerna ketika saya membuat ini (filem), saya bilang yang penting saya buat ini dari hati. 
“Ini akan menjadi filem digital pertama saya dan bukannya sebuah karya yang merosakkan generasi akan datang. Sebaliknya, ia dapat memberikan sesuatu aura positif buat generasi masa kini terutama soal jodoh dan pernikahan,”ujarnya pada sidang media, semalam.

Kredit: Instagram @knkvgroup

Advertisement. Scroll to continue reading.

Katanya lagi, dirinya tidak mempunyai niat menggunakan adat dan kebudayaan kaum Melayu di Indonesia bagi menembusi pasaran Malaysia kerana segalanya berlaku tanpa dirancang.

Untuk pengetahuan, filem ini mengisahkan tentang seorang jejaka bernama Imam (Syakir Daulay) yang terpaksa mencari calon isteri selepas ibunya (Cut Mini Theo) yang memintanya segera menamatkan zaman bujang.

Meskipun hati Imam enggan berkahwin muda, namun dia sanggup berbuat demikian kerana tidak mahu mengecewakan permintaan ibu.

Segala konflik, suka duka, gelak tawa dan selingan tarian ala Bollywood dan nyanyian juga merancakkan lagi jalan penceritaan yang membuatkan ia ‘unik’ dalam menyampaikan sisi berlainan kahwin muda.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Onprima Studio, Mohd Shahir Sulaiman berkata, pihaknya memilih untuk menjalinkan kerjasama dengan Syakir Pictures kerana mereka memiliki misi dan visi yang sama iaitu mahu memartabatkan karya Nusantara ke peringkat yang lebih tinggi.

Ujar Mohd Shahir, sentuhan karya di bawah pengarah muda itu agak berbeza daripada kebanyakan karya seberang selain yakin Syair mempunyai masa depan yang cukup cerah.

“Diharap kerjasama ini akan berterusan untuk projek yang akan datang dengan lebih banyak genre filem. Saya percaya kerjasama ini bukan sahaja memberi manfaat kepada penonton menerusi karya yang ditampilnya tetapi juga buat seluruh warga industri perfileman tanah air,”ujarnya lagi.
Filem kahwin muda

Artikel lain: Filem Malaysia ‘Mat Kilau’ Dan ‘Imam’ Ditayang Di Namibia

Dalam perkembangan lain, Onprima Studio juga akan menjalani penggambaran bagi menghasilkan sebuah filem pendek untuk dibawakan ke pentas festival perfileman antarabangsa, selain karya bergenre seram Islamik yang dijangka bakal ditayangkan pada tahun 2024.

Untuk makluman, filem Imam Tanpa Makmum ini telah pun ditayangkan di Indonesia pada 19 Oktober lalu dengan membawa dimensi dan pandangan berlainan buat menonton mengenai alam perkahwinan pada usia muda.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selain Syakir Daulay, Rayisa Nayla Salwa dan Cut Mini Theo, filem Imam Tanpa Makmum ini juga dibarisi oleh Vonny Felicia, Lukman Sardi dan Arif Brata.

Filem kahwin muda

Farah Nadia
Written By Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Akmal Saleh selar kenyataan Ahli Parlimen (MP) Seputeh, Teresa Kok yang mempersoalkan cadangan mewajibkan restoran dan syarikat makanan yang...

Sosial

Tular video di media sosial memaparkan kali terakhir seorang gadis, Nia Kurnia Sari dilihat warga kampung sebelum dilaporkan hilang dan mayatnya ditemui beberapa hari...

Sosial

YouTuber mukbang, Nikocado Avocado beri kejutan kepada para penontonnya selepas memuat naik video terbaharu menerusi saluran miliknya yang memaparkan dia kini yang sudah kurus....

Lokal

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) memperuntukkan sebanyak RM1 juta kepada Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) bagi membantu golongan yang terbeban dengan hutang....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd