Atlet muda olahraga negara, Jonah Chang Anak Rigan telah mencipta kejutan apabila memecahkan rekod lontar peluru kebangsaan yang sudah berusia 12 tahun dalam Kejohanan Balingan Asia 2023.
Duduki tempat kelima dalam kejohanan
Memetik laporan dari Kosmo! Jonah berjaya membuat lontaran dengan catatan 17.67 meter (m) sekali gus memegang rekod baharu Malaysia walaupun menduduki tempat kelima dalam kejohanan yang berlangsung di Korea Selatan tersebut.
Rekod lontar peluru negara diperbaharui
Ia sekali gus memadamkan rekod kebangsaan yang telah dicatatkan oleh Adi Alifuddin Hussin dengan balingan 17.54m yang dilakukan ketika Sukan SEA Palembang, Indonesia pada 2011.
Artikel lain: Azeem Fahmi Raih Gangsa 100M Sukan Asia, Tamatkan Kemarau Pingat 41 Tahun
Apa yang lebih menarik, Jonah yang berusia 20 tahun telah memecahkan rekod sebanyak dua kali apabila balingan pertama sudah melepasi rekod dengan catatan 17.64m dan memperbaharuinya pada percubaan terakhir menerusi jarak 17.67m.
Menerusi kejohanan tersebut, pingat emas bagi acara itu dimenangi atlet China, Zhang Haochen menerusi catatan 19.21m, manakala perak menjadi milik peserta Jepun, Jason Atuobeng (18.56m) dan Ivan Ivanov dari Kazakhstan meraih gangsa (18.29m).
Sumber: Kosmo! (Muhammad Zuhaily Badlishah)