Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Syarikat Penerbangan Lain Sedia Bantu, Tawar Potongan Kepada Penumpang MYAirline

Syarikat penerbangan lain di Malaysia seperti Malaysia Airlines, AirAsia dan Batik Air sedia menawarkan bantuan kepada penumpang MYAirline Sdn Bhd yang terjejas.

Malaysia Airlines sedia bantu MYAirline

Bukan itu sahaja, bahkan mereka turut menawarkan bantuan kepada kakitangan MYAirline apabila dilaporkan menggantungkan operasi berkuat kuasa serta merta pada hari ini.

Syarikat induk Malaysia Airlines, Malaysia Aviation Group (MAG) berkata, pihaknya ingin menawarkan bantuan kepada penumpang MYAirline yang terkandas.

“Kami ingin menjemput penguursan MYAirline bekerjasama mengagihkan semula penumpang mereka dalam penerbangan Malaysia Airline antara Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu, Kuching, Langkawi dan Bangkok,”katanya.

MyAirline

Kredit Foto: Harian Metro

Advertisement. Scroll to continue reading.

Malah, Malaysia Airlines juga sedia memberikan diskaun 55% untuk tambang asas tiket penerbangan mereka di laluan terjejas dengan mengemukakan tiket MYAirline untuk perjalanan sehingga November 2023.

“Kami di sini untuk membantu penumpang sampai ke destinasi mereka dengan lancar dan selamat,” katanya lagi.

MyAirline

Artikel lain: Masalah Kewangan Punca MYAirline Gantung Operasi Bermula Hari Ini

Artikel lain: Penumpang Mahu MYAirline Bertanggunjawab Atas Pembatalan Penerbangan

Sementara itu, AirAisa turut memberikan sokongan kepada penumpang MYAirline yang terjejas dengan harapan dapat mengurangkan masalah perjalanan mereka ke destinasi yang dirancang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Aviation Group Limited, Bo Lingam, berkata AirAsia menawarkan diskaun 50 peratus untuk tambang asas kepada penumpang MYAirline.

Katanya, tawaran tersebut berkuatkuasa serta-merta sehingga 30 November 2023 kepada semua penumpang MYAirline dengan tempahan penerbangan yang disahkan ke dan dari Kuala Lumpur, Langkawi, Pulau Pinang, Tawau, Kota Bharu, Kuching, Kota Kinabalu, Kota Kinabaku-Tawau, dan Don Mueng-Bangkok dan Suvarnabhumi-Bangkok.

MYAirline

Mereka juga berbesar hati untuk mempertimbangkan mengambil individu yang berkelayakan daripada MYAirline yang sedia menyumbang kemahiran dan kepakaran kepada pasukan AirAsia.

Batik Air juga tidak ketinggalan menawarkan tambang istimewa kepada penumpang MYAirline yang terkandang.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Penumpang MYAirlines hanya perlu melampirkan salinan tiket MYAirline dan membuat tempahan melalui [email protected].
“Tambang istimewa yang diberikan Batik Air kepada penumpang MYAirline untuk perjalanan sehala hanya pada RM129 untuk penerbangan ke Pulau Pinang, RM159 (Langkawi), RM199 (Kuching, Sarawak) dan RM299 (Bangkok dan Don Muang).
“Tambang istimewa kepada penumpang MYAirline ini adalah untuk penerbangan sehala sehingga 30 November 2023. Kekosongan kerusi adalah bergantung kepada ketersediaan semasa,” kata pihak Batik Air.

MYAirline

Sumber: BH Online (Alzahrin Alias),  X @MAS

Farah Nadia
Written By Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

DSAT Group bakal mengambil tindakan undang-undang saman terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mohammad Sanusi Md Nor. Menerusi satu hantaran di Facebook Pengerusi Eksekutif...

Nasional

Berhubung cadangan bagi menghentikan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi kursus universiti yang mencatatkan kadar bayaran balik pinjaman kurang 30 peratus, pihak...

Lokal

Tular di media sosial luahan seorang kakitangan badan penyiaran milik kerajaan, RTM yang mendakwa dirinya bersama beberapa rakan sekerja lain sudah beberapa bulan tidak...

Spotlight

Kumpulan K-Pop terkenal, 2NE1 telah berjaya terbang ke Manila, Filipina, pada Sabtu dan Ahad lalu bagi konsert jelajah Asia yang mendapat sambutan luar biasa...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd