Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Malaysia- UAE Jalin Kerjasama, Jana Pelaburan RM40.6 bilion – PM Anwar Ibrahim

Lawatan kerja Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) telah berjaya menjana pelaburan komited RM40.6 bilion untuk Malaysia.

Memetik laporan Harian Metro, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) menyatakan UAE komited untuk melabur dalam sektor seperti tenaga boleh baharu, aeroangkasa dan logistik.

Pelaburan yang diraih itu termasuk komitmen daripada Abu Dhabi Future Energy Company PJSC (Masdar) untuk melabur sehingga RM37.8 bilion bagi membangunkan projek tenaga boleh baharu dengan kapasiti 10GW di Malaysia.

“Kami amat berbesar hati kerana walaupun tempoh lawatan kerja yang singkat, kami berjaya meraih pelaburan komited berjumlah RM40.6 bilion. Hubungan perdagangan dan pelaburan Malaysia-UAE adalah kukuh dan meliputi pelbagai sektor.
“Sejajar dengan misi Push for Net Zero Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030), penyelesaian tenaga boleh baharu dan rendah karbon menjadi aspek penting dalam pelaburan sasaran baharu Malaysia,”kata Menteri MITI, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam kenyataan.

Anwar Ibrahm ke UAE

Tengku Zafrul berkata, kerjasama strategik MITI dengan Masdar dan Majlis Pelaburan Antarabangsa UAE (UAEIIC) akan memberi laluan kepada aspirasi Malaysia terhadap teknologi baharu yang memberi keutamaan kepada penyelesaian rendah karbon, pembuatan hijau dan ekonomi kitaran.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tambah beliau, MIDA dan UAEIIC turut bersetuju untuk mengukuhkan kerjasama sedia ada. Ini bagi meningkatkan kerjasama ekonomi mampan Malaysia _UAE untuk meningkatkan aliran pelaburan yang mampan antara kedua-dua negara.

Sekadar info, Anwar Ibrahim memulakan lawatan kerja selama dua hari ke UAE pada 5 Oktober dan pertukaran Memorandum Persefahaman antara MIDA dan Masdar diadakan pada hari ini.

Anwar Ibrahim ke UAE

Anwar Ibrahim

Tengku Zafrul turut menjadi hos kepada sesi meja bulat dengan pemimpin industri, yang termasuk rakan sejawatannya, Menteri Negara bagi Perdagangan Luar UAE Dr Thani Ahmed Bin Al Zeyoudi. Sesi itu telah menarik lebih 40 wakil daripada 21 syarikat UAE, termasuk Abu Dhabi National Oil Company, TAQA, MASDAR, Al-Dahra, Lulu Group dan Royal Jet.

Difahamkan, kebanyakan syarikat ini adalah pelabur sedia ada dan telah menyatakan minat untuk meningkat pelaburan mereka di Malaysia.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Antara satu lagi hasil utama daripada lawatan kerja itu ialah pengumuman kepimpinan baharu untuk Majlis Perniagaan Malaysia-UAE (MUBC).

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petroliam Nasional Bhd Tan Sri Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz telah dilantik sebagai pengerusi bagi bahagian Malaysia manakala Naib Presiden Kanan Mubadala Energy Rashid Alblooshi telah dilantik sebagai pengerusi untuk bahagian UAE.

MUBC telah ditubuhkan secara bersama pada 2012 oleh Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia serta Federation of UAE Chambers of Commerce and Industry.

Pada 2022, UAE menjadi rakan dagang kedua terbesar dalam kalangan negara-negara di rantau Asia Barat dan Majlis Kerjasama Teluk.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Perdagangan dua hala mencecah RM38.73 bilion pada 2022, mewakili peningkatan yang ketara sebanyak 73.5 peratus tahun ke tahun. Dari segi pelaburan, UAE kini pelabur terbesar di Malaysia dari rantau Asia Barat dan menduduki tempat kedua terbesar dalam kalangan negara-negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam.

Sejumlah RM6.19 bilion pelaburan daripada 44 projek pembuatan dari UAE telah diluluskan setakat Jun 2023, berpotensi menjana 4,534 peluang pekerjaan.

Sumber:  (BERNAMA), FB Anwar Ibrahim

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Written By Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Global Ikhwan Service and Business Holding (GISBH) nafi dakwaan syarikat itu telah eksploitasi kanak-kanak sebagai pekerja. Menerusi satu kenyataan di Facebook, GISBH menegaskan pihaknya...

Lokal

Dua lelaki penarik kereta ditemui meninggal dunia dalam sebuah kenderaan dekat Jalan Persiaran 9, Taman Ampang pada Selasa. Menurut laporan Sinar Harian, Ketua Polis...

Sukan

Bekas pelumba negara yang pernah membawa nama Malaysia ke peringkat Asia dan antarabangsa, Elly Idzlianizar Elias disahkan maut dengan 12 kesan tetakan. Memetik laporan...

Nasional

Bermula 1 Oktober ini, tiada lagi diskaun bagi barangan atau produk makanan dan minuman yang bergula dalam Program Jualan Rahmah MADANI. Timbalan Menteri Perdagangan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd