Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

KDN Keluar Warta Larangan Penerbitan Buku ‘When I Was A Kid 3’

Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengeluarkan warta Perintah Larangan terhadap penerbitan berbentuk buku yang bertajuk ‘When I Was A Kid 3’ melalui Warta Kerajaan P.U.(A) 283 bertarikh 25 September 2023.

Pewartaan Perintah Larangan ini selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 yang menetapkan pencetakan, pengimportan, penghasilan semula, penerbitan, penjualan, pengeluaran, pengelilingan, pengedaran atau pemilikan hasil penerbitan tersebut adalah dilarang secara Mutlak di Malaysia.

Menerusi satu kenyataan KDN hari ini, tindakan melarang penerbitan ‘When I Was A Kid 3’ susulan bantahan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Indonesia terhadap buku tersebut.

KDN berkata, tindakan itu diambil atas sebab penerbitan buku itu memudaratkan atau mungkin memudaratkan moral, kepentingan awam, dan kepentingan Negara dengan menimbulkan kebimbangan dan kegelisahan dalam kalangan masyarakat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Buku tersebut telah ditulis pada 2014 oleh penulis Malaysia yang lahir di Singapura, Cheeming Boey yang berusia 45 tahun.

Beliau kini telah bermastautin di Amerika Syarikat dan buku tersebut ditulis untuk menceritakan mengenai zaman kanak-kanaknya di Malaysia.

Namun begitu, beberapa rakyat Indonesia diketui NGO Corong Rakyat telah mengadakan bantahan di luar Kedutaan Malaysia di Jakarta atas sebab buku tersebut mengkritik seorang pembantu rumah warga Indonesia secara tidak adil pada Jun lalu.

Oleh kerana itu, selepas hampir sedekad penerbitan buku tersebut, KDN telah melarang penerbitan ‘When I Was A Kid 3’.

Advertisement. Scroll to continue reading.

KDN juga mengingatkan mana-mana individu yang melanggar warta tersebut dan disabitkan, akan dipenjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau didenda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali.

Anis Rabiatul
Written By Anis Rabiatul

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

DSAT Group bakal mengambil tindakan undang-undang saman terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mohammad Sanusi Md Nor. Menerusi satu hantaran di Facebook Pengerusi Eksekutif...

Lokal

Tular di media sosial luahan seorang kakitangan badan penyiaran milik kerajaan, RTM yang mendakwa dirinya bersama beberapa rakan sekerja lain sudah beberapa bulan tidak...

Nasional

Berhubung cadangan bagi menghentikan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi kursus universiti yang mencatatkan kadar bayaran balik pinjaman kurang 30 peratus, pihak...

Dunia

Seorang remaja perempuan dilaporkan maut selepas terjatuh dari tingkat empat di pusat membeli-belah MixC di bandar Jining, wilayah Shandong, China, 16 November lalu. Foto:...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd