Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Sukan Asia: Terkena Tukul Besi Dibaling Atlet, Pegawai Olahraga Patah Kaki

Seorang pegawai olahraga patah kaki kanan di Sukan Asia Hangzhou akibat terkena tukul besi yang dilemparkan oleh atlet Kuwait iaitu Ali Zankawi ketika pertandingan berlangsung.

Memetik laporan France 24, pegawai tersebut Huang Qinghua pada ketika itu sedang duduk di kerusi di luar bulatan kawasan balingan apabila Zankawi membatalkan percubaan balingannya, dan tukulnya terkena pada jaring pelindung.

Foto: France 24

Malangnya, tukul besi seberat lebih tujuh kilogram itu kemudiannya melantun dan terkena pada bahagian tulang kering kaki kanan pegawai berusia 62 tahun tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Susulan insiden terbabit, dia diusung keluar daripada kawasan pertandingan dan menerima rawatan kecemasan sebelum dibawa ke hospital untuk tindakan lanjut.

Pegawai itu dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan dilawati oleh Zankawi di hospital untuk memohon maaf atas insiden berkenaan.

Foto: France 24

Sewaktu menjelaskan kejadian tersebut, atlet berusia 39 tahun itu berkata, dia melulu berlari ke Huang setelah mendapati tukulnya melantun dan terkena pada kaki.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Saya mengangkat kepala dan melihat tukul besi itu melantun dari tanah ke arah kaki pegawai berkenaan.
“Saya terus berlari ke arahnya dan cuba membantu terutama apabila dia dalam keadaan terkejut dan menahan kesakitan.
“Saya lihat darah memenuhi kaki dan seluarnya dan saya tahu kakinya sudah patah, jadi saya mengikat untuk menghentikan pendarahan sementara menunggu ambulans tiba dan membawanya ke hospital.”  kata Zankawi.

Zankawi yang menamatkan saingan di tempat kelapan terkejut dengan insiden berkenaan tetapi bersyukur sebelum ia boleh menjadi lebih teruk.

Sumber: France 24 

Iffa Sabrina
Written By Iffa Sabrina

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Bisnes

99 Speed Mart Retail Holdings Bhd yang baru disenaraikan di Bursa Malaysia baru-baru ini pertahan struktur imbuhan syarikat dengan menjelaskan bahawa jumlah gaji yang...

Lokal

Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok yang sedang disiasat polis susulan kenyataannya berkenaan pensijilan halal telah mengadakan jumpa dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan...

Bisnes

Tupperware Brands sedang bersiap untuk fail bankrap seawal minggu ini susulan saham syarikat itu jatuh sebanyak 15.8 peratus kepada 43 sen selepas waktu dagangan....

Lokal

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain memberi komen ringkas mengenai siasatan kes Op Global yang membabitkan Global...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd