Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

MAIWP Perjelas Anak Dr Zulkifli Layak Terima Biasiswa Ikut Dasar & SOP

Berdasarkan dasar serta prosedur operasi standard (SOP) Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), anak kepada Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri iaitu Abdul Syakur layak menerima Biasiswa Insentif Khas Pelajar Cemerlang Luar Negara (Jordan).

MAIWP dalam satu kenyataan berkata, Abdul Syakur meraih 8A bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia adalah penuntut lepasan Pondok Moden Al-Abaqirah MAIWP dan pemberian biasiswa itu diputuskan Mesyuarat Jawatankuasa Panel Pemilihan Penerima Skim Biasiswa MAIWP, 11 September lalu.

https://www.facebook.com/maiwphq/posts/pfbid0258iqSmRpWK2fgCmS9Veousj3sXwXSmbrjNS1cTs5XKeFQjG4SQedAoXjQ4TqUU4Pl

“Hasil semakan mendapati pemohon dikategorikan dalam asnaf Fisabilillah dengan Lebihan Had Kifayah.
“Bapa pelajar (Datuk Seri Dr Zulkifli) hanya menerima pencen dan telah melepaskan segala jawatan beliau termasuk juga sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Sains Islam Malaysia.
“Ini menepati syarat Lebihan Had Kifayah yang ditetapkan bagi asnaf Fisabillillah,” kata MAIWP hari ini.

MAIWP berkata, pada asasnya asnaf Fisabilillah adalah tidak tertakluk kepada pengiraan had kifayah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Justeru, penentuan kelayakan bagi skim bantuan adalah berdasarkan lebihan had kifayah yang akan dipertimbangkan meelalui keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Panel Pemilihan Skim Biasiswa Baitulmal MAIWP.

“Takrifan asnaf Fisabilillah yang diluluskan Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan pada 4 Mac 2021, merujuk kepada mana-mana golongan atau pihak yang terlibat dalam sesuatu aktiviti untuk menegakkan, mempertahankan dan mendakwahkan agama Islam,” ujarnya.

Bantuan biasiswa itu merupakan antara 30 skim di bawah Dasar Skim Bantuan Zakat MAIWP yang digunapakai sejak diluluskan Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan kali ke-150 pada 15 Jan 2020 dan Mesyuarat MAIWP pada 18 Februari 2020.

Terdahulu, Dr. Zulkifli memuat naik beberapa keping gambar di aplikasi X memaparkan anaknya di lapangan terbang sebelum berangkat ke Jordan untuk menyambung pengajian.

Bagaimanapun, terdapat individu mempertikaikan bahawa Abdul Syakur tidak layak menerima biasiswa berkenaan kerana kedudukannya sebagai anak bekas mufti.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Facebook MAIWP, X @drzul_albakri

Advertisement. Scroll to continue reading.

Avatar
Written By Nor Hidayah

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pembantu rumah Indonesia melahirkan anak secara tiba-tiba di kediaman majikannya sehingga mengejutkan keluarga tersebut baru-baru ini. Foto: Facebook Menurut laporan New Straits Times,...

Sukan

Skuad futsal Malaysia ditewaskan 0-6 oleh Indonesia yang berada di kedudukan ke-28 dunia pada aksi persahabatan yang berlangsung di Gor Among Rogo, Yogyakarta, semalam....

Lokal

Sejumlah mata wang asing bernilai kira-kira RM5 juta ditemukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika menggeledah sebuah pangsapuri di ibu negara, yang didakwa dijadikan...

Dunia

Syarikat induk Facebook iaitu Meta diarahkan untuk hadapi tuntutan mahkamah oleh negeri-negeri di Amerika Syarikat (AS) yang menuduhnya menjadi punca remaja ketagih menggunakan platform...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd