Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Anak Baru Usia 3 Bulan, Suami ‘Frust’ Isteri Beritahu Hamil Lagi

Seorang wanita dari Indonesia yang dikenali sebagai Jessica Olivia Ngu telah menjadi bualan hangat ramai susulan reaksi suaminya yang tidak menyangka insan tersayangnya itu sudah berbadan dua.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Jessica di laman TikToknya, dia sedang memegang alat ujian kehamilan yang menunjukkan keputusan positif kepada suaminya yang sedang menjaga dua orang anak.

@jscaolivia

Jadi emosi liat reaksi nya betol 🤬🤯 #prank #pranksuami #couplecomedy #reaksi #fyf #fyp #fypシ゚viral

♬ Backsound Lucu – Faid rafanda

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sebaik sahaja dia memberikan keputusan ujian kehamilan tersebut, suaminya kelihatan terkejut dan sempat mengucap memandangkan anak keduanya masih berusia tiga bulan.

“Ya Allah, astaghfirullah..aku bukan tak beryukur tapi kamu lihatlah…ini satu dan satu ini (sambil menunjukkan dua orang anaknya). Macam mana ni sayang, anak kita baru lahir tiga bulan,” ujar suami Jessica.

Rupa-rupanya, Jessica hanya ‘prank’ suaminya dan khabar berita mengenai kehamilannya itu adalah tidak benar.

Netizen terhibur

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan reaksi suami wanita tersebut yang masih belum sedia menimang cahaya mata ketiga.

Ada wanita yang kongsi pengalaman yang sama

Bukan itu sahaja, ada juga segelintir wanita yang berkongsi pengalaman yang sama dimana majoriti lelaki memberi respon yang sama apabila mendapat tahu kehamilan isteri jika anak masih kecil.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: TikTok @Jessica Olivia Ngu

Nur Ain
Written By Nur Ain

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Bisnes

Tupperware Brands sedang bersiap untuk fail bankrap seawal minggu ini susulan saham syarikat itu jatuh sebanyak 15.8 peratus kepada 43 sen selepas waktu dagangan....

Lokal

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain memberi komen ringkas mengenai siasatan kes Op Global yang membabitkan Global...

Lokal

Peguam kepada Abang Bas, Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar menjelaskan bahawa lelaki tersebut tidak memahami perkataan ‘crush’ yang bermaksud mempunyai perasaan terhadap seseorang. Menerusi tangkap...

Sukan

Kapten Kedah Darul Aman (KDA) FC, Sony Norde mendedahkan dirinya terpaksa berjalan kaki ke pusat latihan pasukan di Stadium Sultan Abdul Halim (SSAH) dari...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd