Connect with us

Hi, what are you looking for?

Filem

KDN Ambil Tindakan, Keluarkan Warta Pengharaman Filem Mentega Terbang

Kerajaan menereusi Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mengeluarkan warta yang mengharamkan penayangan filem kontoversi, Mentega Terbang di seluruh negara.

Warta yang bertarikh 1 September lalu telah disiarkan oleh Jabatan Peguam Negara menyatakan larangan terhadap sebarang penayangan, pempameran, pengedaran, pemilikan, penyebaran atau penjualan.

“Bagi maksud Perintah ini, filem yang disebut dalam subperenggan (1) hendaklah termasuk bahan publisiti filem itu,” maklum warta tersebut.

Sebelum ini, filem arahan Khairi Anwar itu menjadi perbualan hangat selepas ditayangkan melalui platform penstriman pada awal tahun ini.

Filem itu mengisahkan seorang remaja perempuan, Aishah yang tertarik kepada agama dengan konsep kelahiran semula selepas kematian.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Soroton filem terbitan Anomalist Production dan Meng Kheng Entertainment ini turut menunjukkan bapa kepada Aishah membenarkan anaknya memilih mana-mana agama untuk dianuti.

Selain itu, filem ini juga menunjukkan adegan Aishah meminta pau daging babi daripada rakan bukan Islamnya untuk dimakan.

Sedutan-sedutan filem ini telah mengundang kemarahan warganet dan mereka mempersoalkan bagaimana filem itu ‘lepas’ untuk ditayangkan.

Terdahulu, pihak polis membuka kertas siasatan selepas filem yang mencetuskan kontroversi itu didakwa seolah-olah mempersendakan agama Islam.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Written By Anis Rabiatul

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

DSAT Group bakal mengambil tindakan undang-undang saman terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mohammad Sanusi Md Nor. Menerusi satu hantaran di Facebook Pengerusi Eksekutif...

Nasional

Berhubung cadangan bagi menghentikan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi kursus universiti yang mencatatkan kadar bayaran balik pinjaman kurang 30 peratus, pihak...

Spotlight

Kumpulan K-Pop terkenal, 2NE1 telah berjaya terbang ke Manila, Filipina, pada Sabtu dan Ahad lalu bagi konsert jelajah Asia yang mendapat sambutan luar biasa...

Lokal

Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj kini bergelar mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA). Menerusi satu hantaran...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd