Seorang lelaki berusia 15 tahun dari Daerah Bantul, Indonesia dilaporkan melarikan rumah selama tiga hari hanya disebabkan ibunya enggan untuk membelikan telefon baharu.
Menurut laporan media Indonesia, remaja terbabit bertindak melarikan diri ke hutan kerana terlalu marah permintaannya tidak dipenuhi.
Disebabkan perbuatannya itu, dia hampir terkorban di dalam hutan tersebut jika gagal ditemui oleh penyelamat.
gambar hiasan
“Dari keterangan keluarga, mangsa melarikan diri sebab marah dengan ibunya yang enggan belikan smartphone,” kata jurucakap Polis Bnatul, Nengah Jeffy Khamis, 10 Ogos lalu.
Difahamkan, ahli keluarga mangsa membuat laporan polis sebaik sahaja menyedari anaknya itu menghilangkan diri dari rumah sejak 7 Ogos lalu.
Susulan itu, polis telah menggerakkan seramai 100 orang bagi membentuk satu pasukan untuk mencari dan menyelamat (SAR) mencari remaja terbabit.
Bagaimanapun, pasukan SAR telah menemui mangsa pada jam 3.30 petang dalam keadaan tidak berpakaian, lemah dan lapar tanpa sebarang makanan serta minuman.
Pun begitu, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan terus dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.
Sumber: Indo Zone News