Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Isu Lantikan Ketua Hakim Negara: 9 Ahli Parlimen PKR Desak Tubuh RCI

Sembilan Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) tampil menggesa kerajaan supaya menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat dakwaan serius mengenai campur tangan dalam pelantikan hakim dan keputusan kes mahkamah yang semakin mencetuskan kegusaran rakyat.

Desak tubuh RCI

Menurut laporan Sinar Harian, gesaan itu diketuai Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli yang menyifatkan keadaan semasa sangat membimbangkan, malah mengingatkan kepada krisis integriti institusi kehakiman seperti yang pernah berlaku dalam skandal video VK Lingam pada 2007.

tubuh RCI

Foto: malaysiakini

“Kami melihat situasi sekarang sangat mirip. Beberapa maklumat yang tular dan menjadi perhatian umum perlu dijelaskan secara terbuka agar rakyat tidak hilang kepercayaan terhadap institusi kehakiman dan kerajaan,” katanya ketika sidang media khas di Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Subang, Puchong Jaya hari ini.

Beliau menegaskan, keraguan terhadap integriti sistem kehakiman tidak harus dibiarkan berlarutan kerana boleh menjejaskan keyakinan terhadap keluhuran Perlembagaan dan prinsip demokrasi dalam jangka panjang.

Tuntut tubuh RCI

Susulan itu, PKR merancang untuk melancarkan kempen nasional bagi mendapatkan sokongan rentas parti Parlimen untuk menuntut penubuhan RCI, selain memperjuangkan reformasi menyeluruh terhadap sistem kehakiman negara.

tubuh RCI

Foto: malaysiakini

“Kami juga akan menganjurkan forum-forum awam di seluruh negara bagi meningkatkan kesedaran rakyat berhubung isu ini. Forum pertama akan diadakan pada Ahad, 13 Julai ini, jam 8.30 malam, di Kuala Lumpur atau Selangor,” ujarnya.

Tambah Rafizi, kempen berkenaan akan menumpukan empat tuntutan utama, antaranya ialah penambahbaikan dalam pelantikan jawatan tertinggi kehakiman serta pengukuhan prinsip pengasingan kuasa antara cabang eksekutif, legislatif dan kehakiman.

Artikel lain: Presiden Mahkamah Rayuan Disandang Zabariah Yusof

Advertisement. Scroll to continue reading.

Turut hadir pada sidang media itu ialah Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad; Ahli Parlimen Ampang, Rodziah Ismail; Ahli Parlimen Subang, Wong Chen; Ahli Parlimen Wangsa Maju, Zahir Hassan; Ahli Parlimen Balik Pulau, Datuk Muhammad Bakhtiar Wan Chik dan Ahli Parlimen Ledang, Syed Ibrahim Syed Noh.

tubuh RCI

Foto: malaysiakini

Sementara itu, dua lagi Ahli Parlimen PKR iaitu S. Kesavan (Sungai Siput) dan Onn Abu Bakar (Batu Pahat) turut menyatakan sokongan walaupun tidak dapat hadir bersama.

“Kami percaya, jika reformasi terhadap institusi kehakiman tidak dilakukan sekarang, ia akan terus menjadi alat politik kepada mana-mana pihak yang berkuasa,” tegas Rafizi lagi.

Sumber: Sinar Harian (Izwan Rozlin)

Written By Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Kerja di lapangan terbang memang penuh dengan cabaran. Setiap hari petugas keselamatan terpaksa berdepan dengan ribuan penumpang yang pelbagai ragam. Penumpang VIP siram air...

Sosial

Pada usia baru mencecah 25 tahun, Muhammad Hareez Adzrami atau lebih dikenali sebagai Haroqs membuktikan bahawa usia muda bukanlah penghalang untuk berjuang demi kemanusiaan....

Nasional

Lebih 200 ilmuwan dari dalam dan luar negara bakal berkumpul di Persidangan Agung Karya Agung Melayu (PAKAM 2025) yang akan berlangsung di Putrajaya, pada...

Sosial

Hasrat seorang anak muda untuk menghadiahkan coklat kepada anak-anak Gaza akhirnya tidak kesampaian, apabila beliau bersama 16 aktivis Malaysia lain ditahan oleh IDF ketika...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd