Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Sekolah Tak Berdaftar Jadi Punca 80 Murid Gagal Ambil UPKK – JAIS

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tampil menjelaskan punca sebenar berhubung isu tular membabitkan 80 murid Sekolah Rendah Islam (SRI) Al Afsari, Saujana Putra, Puchong yang dilaporkan tidak dapat menduduki peperiksaan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (UPKK).

80 murid gagal ambil UPKK

Menurut kenyataan yang dikongsi di Facebook rasmi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), JAIS menjelaskan bahawa peperiksaan UPKK adalah di bawah kendalian JAKIM, manakala JAIS hanya berperanan sebagai badan pelaksana di peringkat negeri Selangor.

Namun begitu, SRI Al Afsari didapati tidak berdaftar dengan JAIS di bawah Seksyen 12 Enakmen Pengawalan Sekolah-Sekolah Agama Islam (Negeri Selangor) 1988 (Pindaan 2001).

upkk

Foto: Harian Metro

Disebabkan status tersebut, JAKIM selaku penganjur peperiksaan tidak dapat memberi kebenaran kepada pelajar sekolah berkenaan untuk menduduki peperiksaan UPKK sesi 2025

JAIS turut memaklumkan bahawa SRI Al Afsari sebelum ini beroperasi dengan nama SRI Al Fakri yang hanya memiliki pendaftaran sementara sejak 29 November 2012.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Jangan Kelirukan Pengguna! JAKIM Tegaskan Istilah ‘Muslim Choice’ Bukan Penanda Halal Diiktiraf

Walaupun JAIS telah memberi peringatan agar pihak sekolah mengemukakan permohonan pendaftaran penuh selepas tempoh sementara tamat, permohonan berkenaan hanya diterima pada 21 Disember 2023.

Jabatan itu menegaskan, permohonan tersebut hanya akan dipertimbangkan selepas pihak sekolah melengkapkan smeua keperluan termasuk melaksanakan kurikulum yang ditetapkan JAIS, mendapatkan pengesahan kesihatan dan keselamatan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JVPM), selain memperoleh Kebenaran Merancang (KM) daripada pihak berkuasa tempatan (PBT)

Bagaimanapun, SRI Al Afsari masih belum mendapat sokongan daripada JBPM dan kelulusan KM bagi menukar status bangunan rumah kedai kepada institusi pendidikan, sekali gus menyebabkan pendaftaran penuh tidak dapat disahkan di bawah JAIS.

Advertisement. Scroll to continue reading.
upkk
“JAIS berharap isu ini dijadikan pengajaran kepada semua pihak agar sentiasa mematuhi undang-undang serta ketetapan yang ditetapkan oleh JAIS dan JAKIM. Ibu bapa juga digesa memastikan anak-anak hanya bersekolah di institusi agama yang berdaftar untuk mengelakkan sebarang masalah pada masa hadapan,” katanya.

JAIS turut menasihatkan orang ramai agar tidak membuat tuduhaan atau menyebarkan maklumat tanpa fakta sahuh kerana tindakan sedemikan boleh menimbulkan fitnah serta menggugat kepercayaan terhadap institusi agama

“Umat Islam diseru supaya berhenti daripada mempersoalkan institusi agama tanpa usul periksa kerana perbuatan sedemikian hanya menimbulkan kekeliruan dan persepsi negatif terhadap JAIS, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), JAKIM serta Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor selaku Ketua Agama Islam negeri ini,” ujarnya.

Sumber: Facebook @Jabatan Kemajuan Islam Malaysia – JAKIM

Written By Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Personaliti media sosial, Nurin Lofa mengejutkan ramai apabila memuat naik rakaman video luahan hatinya di platform TikTok mendakwa dicurangi oleh suami Fadrul Anuar. Pempengaruh...

Lokal

Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid, enggan ulas dakwaan yang dilemparkan terhadapnya, sebaliknya menekankan kesediaannya untuk...

Lokal

6 Rangka Manusia Ditemui Dalam Rumah Terbakar? Polis menemukan rangka enam individu termasuk empat kanak-kanak yang dipercayai menjadi mangsa pembunuhan di sebuah rumah yang...

Sosial

Seorang bapa berkongsi detik cemas apabila anak perempuannya dikenali sebagai Raisha Falisha hampir menjadi mangsa culik dalam satu kejadian yang berlaku di Taman Bakawali,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd