Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

22 Ahli GISBH Dibebaskan Selepas Selesai Hukuman dan Bayar Denda

Ketua Pegawai Eksekutif GISB Holdings Sdn. Bhd. (GISBH), Nasiruddin Mohd. Ali bersama 12 pemimpin kanan kumpulan itu dijatuhi hukuman penjara selama 15 bulan, manakala sembilan ahli wanita masing-masing dikenakan denda RM4,500 selepas mengaku bersalah menjadi anggota pertubuhan haram.

Kesemua ahli GISBH dibebaskan

Menurut laporan Malaysia Gazette, kesemua 22 individu berkenaan dibebaskan hari ini selepas tertuduh lelaki selesai menjalani hukuman penjara selama 13 bulan 10 hari sejak tarikh tangkapan antara 25 September hingga 12 Oktober tahun lalu, manakala tertuduh wanita bebas selepas membayar denda ditetapkan.

GISBH

Foto: Sinar Harian

Keputusan dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Datuk Seri Latifah Mohd. Tahar selepas kesemua mereka mengaku bersalah atas pertuduhan pilihan mengikut Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1966.

Artikel lain: CEO GISBH, 21 Individu Lain Mengaku Salah Anggotai Pertubuhan Langgar Undang-Undang

Hakim Latifah dalam penghakimannya berkata, mahkamah meneliti faktor pengakuan bersalah, hujahan pemberatan oleh pihak pendakwaan serta rayuan meringankan hukuman oleh pihak pembelaan sebelum membuat keputusan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau turut menyatakan bahawa semua tertuduh menunjukkan penyesalan dan keinsafan terhadap kesalahan dilakukan.

“Mahkamah mengambil kira tempoh tahanan reman tertuduh lelaki selama 13 bulan serta enam bulan bagi tertuduh wanita sebelum mereka dibebaskan dengan jaminan,” katanya.
GISBH

Foto: Sinar Harian

Selain itu, mahkamah turut membenarkan permohonan pembelaan supaya 22 unit telefon bimbit milik tertuduh dipulangkan secara pentadbiran selepas tidak lagi dijadikan bahan bukti.

Antara yang mengaku bersalah ialah Nasiruddin, 66, isterinya, Azura Md. Yusof, 58, serta Mohammad Adib At-Tarmizi Asa’ari, 33, anak kepada pengasas Al-Arqam. Semua tertuduh membuat pengakuan bersalah ketika prosiding di Kompleks Penjara Kajang.

Lapan tertuduh wanita ialah Hamimah Yakub, 72, Asmat @ Asmanira Muhammad Ramly, 45, Mahani Kasim, 55, Siti Salmiah Ismail, 58, Siti Hajar Ismail, 52, Khalilatul-Zalifah Mohammad Jamil, 28, Nurul Jannah Idris, 29, dan Nur Jannah Omar, 33.

Sementara itu, 11 tertuduh lelaki ialah Hasnan Abd. Hamid, 54, Mohd. Shukri Mohd. Noor, 54, Mokhtar Tajuddin, 61, Shuhaimi Mohamed, 57, Muhammad Afdaluddin Latif, 35, Mohamad Sayuti Omar, 36, Mohd. Fazil Md. Jasin, 58, Mohd. Dhirar Fakhrur Razi, 35; Muhammad Zahid Azhar @ Nadzri, 52, Abu Ubaidah Ahmad Shukri, 35, dan Muhammad Fajrul Islam Khalid, 29.

Advertisement. Scroll to continue reading.
GISBH

Foto: Sinar Harian

Kesemua ahli GISBH didapati melakukan kesalahan di sebuah premis di Jalan Desa, Bandar Country Homes, Rawang antara Oktober 2020 hingga 11 September 2024.

Terdahulu, kesemua tertuduh didakwa menjadi ahli kumpulan jenayah terancang di bawah Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara antara lima hingga 20 tahun, namun pertuduhan itu ditarik balik selepas Jabatan Peguam Negara (AGC) menerima representasi mereka.

Pada 30 Oktober lalu, pihak pendakwaan memaklumkan mahkamah bahawa AGC telah menimbang semula kes berkenaan dan bersetuju menawarkan pertuduhan pilihan di bawah Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1966 terhadap semua 22 tertuduh.

Sumber: Malaysia Gazette (Norlizah Abas)

Written By Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Personaliti media sosial, Ammar Nazhan, tampil membuat penjelasan susulan wujudnya beberapa perbualan dan hantaran di media sosial yang mengaitkan namanya serta Team Ammar Nazhan...

Sosial

Seorang lelaki warga emas dipercayai diabaikan oleh keluarga kerana keadaannya yang tidak terurus, diselamatkan oleh sebuah badan bukan kerajaan (NGO) semalam. Kisah menyayat hati...

Dunia

Global Sumud Flotilla (GSF) mengumumkan pelancaran flotila kemanusiaan terbesar dalam sejarah ke Gaza, yang dijadualkan berlepas pada 29 Mac dari pelbagai pelabuhan di seluruh...

Sukan

Atlet sensasi Muay Thai negara, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar memulakan kempen musim ini dengan langkah kanan apabila berjaya menumbangkan petarung dari Myanmar, Ye Yint...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd