Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Misteri Tiga Syiling Malaysia Dimuat Naik CIA Cetus Spekulasi

Tiga keping syiling Malaysia menjadi bualan hangat susulan satu hantaran luar biasa daripada Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat (AS) menerusi satu hantaran di platform X, pada Selasa.

Misteri syiling malaysia

Dalam postingan yang bertajuk ‘Artifact of the Week: Coins Left at the Statue of Nathan Hale’, akaun rasmi CIA memuat naik gambar menunjukkan tiga duit syiling Malaysia iaitu 20 sen, 10 sen, dan 5 sen yang dipercayai bertarikh sekitar 2017 hingga 2018.

Syiling tersebut katanya ditemui di tapak tugu peringatan Nathan Hale, seorang tokoh perisik terkenal dalam sejarah Amerika.

syiling malaysia

Foto: X @CIA

Apa yang lebih menarik perhatian ialah terdapat contengan misteri pada ketiga-tiga syiling itu, antaranya simbol menyerupai orang lidi dan tapak kaki haiwan.

Setakat ini, identiti individu yang meninggalkan syiling berkenaan masih tidak diketahui, begitu juga makna sebenar simbol-simbol yang tertera padanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Penemuan tersebut mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan pengguna media sosial, khususnya dari Malaysia dimana ramai membuat spekulasi masing-masing.

Artikel lain: Trump Umum Tarif 25% Ke Atas Malaysia Mulai 1 Ogos, Langkah Lindungi Industri Tempatan AS

Menurut CIA, tugu Nathan Hale yang terletak di hadapan ibu pejabat asal agensi tersebut sering menjadi lokasi simbolik bagi pegawai perisikan yang akan berangkat menjalankan tugas di luar negara.

Ia menjadi satu tradisi, mereka akan meninggalkan syiling sebagai lambang tuah dan perlindungan dan syiling-syiling itu biasanya merupakan mata wang AS atau mata wang asing yang telah diconteng dengan tanda peribadi.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kebiasaannya, pegawai akan tinggalkan syiling bernilai 76 sen untuk memperingati tahun 1776 iaitu tahun Hale dihukum mati,” jelas kenyataan CIA.

Menambah nilai sentimental, semua syiling yang ditinggalkan akan dikumpul secara berkala dan didermakan kepada dua pertubuhan amal  CIA Officers Memorial Foundation dan Third Option Foundation yang memberi bantuan kepada pegawai perisikan yang tercedera serta keluarga pegawai yang terkorban.

Walaupun motif sebenar di sebalik kehadiran syiling Malaysia itu kekal misteri, ramai melihatnya sebagai satu insiden yang mencuit rasa ingin tahu serta membuka ruang kepada pelbagai tafsiran dari simbol persahabatan sehinggalah teori pengawasan.

Buat masa ini, CIA belum mengulas lanjut mengenai asal usul syiling tersebut.

Sumber: X @CIA

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Tular di media sosial, seorang pengguna Facebook mendedahkan perbuatan terkutuk seorang pakar kaunseling yang menganjurkan sebuah program yang didakwa bercanggah dengan syariat Islam dan...

Sosial

Bapa kepada pempengaruh cilik, Abang Aji tampil menafikan dakwaan bahawa anaknya makan secara berlebihan, susulan teguran jurulatih kecergasan, Tareq Fit, berhubung berat badan kanak-kanak...

Sosial

Pertemuan dua gadis sebaya, Putri Qisya dan Keisya, menarik perhatian netizen apabila wajah mereka kelihatan sangat seiras hingga ramai menyamakannya seperti pasangan kembar. Momen...

Nasional

Sarawak berjaya mengekalkan status sebagai negeri berpendapatan tinggi di Malaysia tiga tahun berturut-turut mengikut data terkini Pendapatan Negara Kasar (PNK) 2024 per kapita yang dikeluarkan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd