Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Malaysia Hampir Noktahkan Miskin Tegar, Bukti Taraf Hidup Rakyat Makin Baik!

Malaysia merekodkan pencapaian penting dalam agenda membasmi kemiskinan tegar apabila kadar tersebut kini menurun kepada hanya 0.09 peratus, melibatkan kurang daripada 7,000 isi rumah di seluruh negara.

Menurut Buletin TV3, berdasarkan Laporan Survei Pendapatan dan Perbelanjaan Isi Rumah (HIES) 2024, kadar itu menunjukkan penurunan ketara berbanding 0.2 peratus pada tahun 2022, sekali gus menandakan kemajuan besar dalam usaha kerajaan meningkatkan taraf hidup rakyat.

Menteri Ekonomi, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, perkembangan positif itu membuktikan Malaysia semakin hampir menamatkan isu kemiskinan tegar, selaras dengan piawaian antarabangsa yang menganggap sasaran pembasmian tercapai apabila kadar berada di bawah tiga peratus.

Miskin tegar

Miskin tegar

“Taraf hidup rakyat bertambah baik dengan pendapatan purata bulanan isi rumah meningkat daripada RM7,901 pada tahun 2019 kepada RM8,479 pada tahun 2022 seterusnya kepada RM9,155 pada tahun 2024 iaitu peningkatan sebanyak 3.8 peratus berbanding tahun 2022,” katanya dalam ucapan pada majlis pelancaran laporan HIES di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), hari ini.

Turut hadir, Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kata beliau lagi, Indeks Pekali Gini menunjukkan penurunan kepada 0.390, menandakan jurang pendapatan antara golongan berpendapatan rendah dan tinggi semakin kecil.

Berdasarkan HIES, pertumbuhan pendapatan berbeza mengikut negeri sekali gus menggambarkan kepelbagaian tahap ekonomi di seluruh negara.

Enam negeri mencatatkan pendapatan median isi rumah melebihi paras nasional, iaitu Kuala Lumpur (RM10,802), Putrajaya (RM10,769), Selangor (RM10,726), Johor (RM7,712), Pulau Pinang (RM7,386) dan Labuan (RM7,383).

Pulau Pinang merekodkan pertumbuhan pendapatan median isi rumah tahunan tertinggi sebanyak 6.4 peratus antara tahun 2022 hingga 2024, manakala Perak mencatatkan pertumbuhan paling rendah iaitu 2.1 peratus.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selain itu, pendapatan boleh guna bulanan purata meningkat 3.2 peratus kepada RM7,584 pada 2024, dengan 82.8 peratus daripadanya digunakan untuk menampung perbelanjaan asas isi rumah.

Artikel lain: Hari Habitat Sedunia 2025: Malaysia Terus Terajui Tindakan Bandar Mampan

Miskin tegar

Amir Hamzah memberitahu, pencapaian ini membuktikan keberkesanan pelan pembangunan negara di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) dalam usaha meningkatkan pendapatan rakyat dan mengurangkan kemiskinan.

“Kerajaan akan terus memperkukuh asas ekonomi dan memastikan kesejahteraan rakyat sentiasa menjadi keutamaan, sama ada di bandar mahupun luar bandar,” katanya.

Untuk makluman, HIES merupakan instrumen utama Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dalam menilai tahap pendapatan, corak perbelanjaan serta status sosioekonomi isi rumah di negara ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Data yang dikumpulkan melalui HIES menjadi asas penting kepada kerajaan dalam merangka dasar pembangunan yang lebih inklusif dan berkesan, sekali gus memastikan kesejahteraan rakyat dapat dinikmati secara menyeluruh di semua lapisan masyarakat.

Sumber: Buletin TV3

Nur Ain
Ditulis oleh Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Hasrat sepasang suami isteri untuk menyambut kelahiran anak sulung bertukar duka apabila bayi yang dikandung meninggal dunia selepas dilahirkan dalam keadaan songsang di kediaman...

Sosial

Terdahulu tular sebuah video podcast di mana seorang individu bernama DMA Islam menyatakan bahawa tugas wanita selepas berkahwin hanyalah membuka ruang untuk suami dan...

Sukan

Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) mengarahkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) melaksanakan dua siasatan dalaman secara terperinci berhubung isu pentadbiran sekretariat serta pemalsuan dokumen tujuh pemain...

Lokal

Detik penuh cemas selama hampir dua hari berakhir pagi ini bagi Nurul Natasha Amyra Ishak, 19, apabila jasad suaminya, Elmi Nur Zamani Aizat Abdul...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd