Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

Misi Perdagangan KUSKOP Ke Jepun Dijangka Jana Potensi Pelaburan, Jualan RM51 Juta

Misi perdagangan rasmi Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) ke Jepun sempena Ekspo 2025 Osaka dijangka membuka peluang pelaburan dan jualan berpotensi mencecah RM51 juta.

Menurut laporan Berita Harian, dalam kenyataan rasmi, misi perdagangan KUSKOP ini merupakan sebahagian daripada langkah strategik untuk memperkukuhkan kedudukan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Malaysia di pasaran global, khususnya di Jepun.

misi perdagangan kuskop

Foto: Berita Harian

Setakat ini, sebanyak tujuh memorandum persefahaman (MoU) telah dimeterai antara empat syarikat Malaysia dan tujuh syarikat Jepun dengan nilai keseluruhan RM10.3 juta.

“Dalam pada itu juga, sebanyak 10 syarikat PKS Malaysia turut melancarkan produk mereka sempena perasmian Minggu KUSKOP di Pavilion Malaysia,” menurut kenyataan itu.

Delegasi misi perdagangan KUSKOP ke Jepun turut disertai oleh pelbagai agensi di bawah kementerian seperti SME Bank, SME Corp. Malaysia, Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS), Suruhanjaya Koperasi Malaysia serta 39 syarikat PKS dan lima koperasi dari pelbagai sektor industri.

Kemuncak kepada misi ini adalah penganjuran Minggu KUSKOP yang berlangsung di Pavilion Malaysia dari 23 hingga 28 Jun.

Advertisement. Scroll to continue reading.
misi perdagangan kuskop

Foto: FB Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi

Program misi perdagangan KUSKOP ini mengangkat tema Health and Well-being, selari dengan aspirasi untuk memperkenalkan produk serta perkhidmatan tempatan dalam bidang kesihatan, gaya hidup sihat dan kesejahteraan.

Artikel lain: KWSP Catat RM18.31 Bilion Jumlah Pelaburan Pada Suku Pertama 2025

Menurut kenyataan itu lagi, KUSKOP komited untuk membawa syarikat-syarikat PKS Malaysia ke peringkat antarabangsa dengan meneroka peluang perniagaan baharu, terutamanya di Jepun dan rantau Asia Timur.

misi perdagangan kuskop

Foto: FB Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi

Dalam usaha memperluas jaringan kerjasama, delegasi KUSKOP juga telah mengadakan pertemuan bersama Dewan Perniagaan dan Industri Osaka serta pemain industri tempatan bagi meneroka lebih banyak peluang perniagaan dua hala.

Misi perdagangan KUSKOP ini turut diselaraskan dengan agenda Malaysia MADANI yang menekankan prinsip kelestarian, pembangunan inklusif dan kesejahteraan melalui pengukuhan hubungan ekonomi antarabangsa.

Sumber: Berita Harian Online

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Bekas isteri kepada pempengaruh media sosial, View Chin, Shermine Ah Moi, tampil memberikan penjelasan berhubung isu tular yang melibatkan anak-anak mereka baru-baru ini. Menerusi...

Lokal

Dakwaan bahawa Hospital Bukit Mertajam akan dipindahkan untuk mengelak gangguan kuil adalah tidak benar dan berniat jahat, kata Ahli Lembaga Pelawat hospital itu. Ahli...

Dunia

Seorang wanita hamil di Bekasi, wilayah Jawa Barat mengundang perhatian ramai apabila dikatakan mengidam untuk didukung oleh pegawai polis beruniform. Wanita yang dikenali sebagai...

Dunia

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, hari ini mengarahkan penangguhan selama lima hari terhadap semua serangan ke atas loji tenaga dan infrastruktur Iran, susulan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd