Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Malaysia Kemuka Enam Inisiatif Pada Mesyuarat Menteri Pengaman PBB – MINDEF

Malaysia terus mengukuhkan peranannya di pentas antarabangsa dengan mengemukakan enam inisiatif baharu sebagai Aku Janji Malaysia 2025 pada mesyuarat Menteri Pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) 2025 yang diadakan di Jerman.

Mesyuarat Menteri Pengaman PBB

Menurut Kementerian Pertahanan (MINDEF), menterinya Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin yang mengetuai delegasi Malaysia ingin mendaftar satu batalion infantri untuk diatur gerak sebagai pasukan pengaman di bawah Sistem Keupayaan dan Kesiagaan Operasi Pengaman PBB (PCRS).

Mesyuarat Menteri Pengaman PBB

MINDEF berkata, Malaysia juga akan meningkatkan keupayaan Pasukan Pemusnah Bom (Explosive Ordnance Disposal – EOD) untuk Malaysia Batalion (MALBATT) di Lubnan.

“Selain itu, negara akan meneruskan penawaran kursus kepada anggota pengaman dari dalam dan luar negara bagi tujuan pembinaan kapasiti dan latihan persiapan sebelum atur gerak, serta menganjurkan Kursus United Nations Staff Officer (UNSO) Specialised Training Materials (STM) Training of Trainers (ToT) di Pusat Pengaman Malaysia (PPM).
“Malaysia turut akan meneruskan komitmen terhadap agenda PBB dalam Women, Peace and Security (WPS) dengan mengekalkan penyertaan anggota pengaman wanita selaras dengan sasaran penyertaan yang ditetapkan,” kata MINDEF dalam satu kenyataan hari ini.

Mesyuarat Menteri Pengaman PBB

Malah, MINDEF berkata Pasukan Latihan Bergerak (Mobile Training Team – MTT) dan pakar perubatan akan turut disediakan bagi melatih anggota perubatan yang terlibat dalam misi Pengaman PBB.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Malaysia juga akan menyediakan satu unit Formed Police Unit (FPU) dengan kekuatan 160 orang anggota dan 32 pegawai polis sebagai Individual Police Officer (IPO) di bawah misi Pengaman PBB,” ujarnya.

Mesyuarat Menteri Pengaman PBB

Sementara itu, Mohamed Khaled mengambil kesempatan bertemu rakan sejawat Menteri Pertahanan Persekutuan Republik Jerman, Boris Pistorius dimana kedua-dua negara mengulangi komitmen untuk mengukuhkan kerjasama pertahanan melalui inisiatif seperti misi keamanan, latihan ketenteraan dan usaha memastikan kestabilan serantau.

Artikel lain: UN Peacekeeping Ministerial 2025: Khaled Nordin Bawa Suara Malaysia, Dokong Keamanan Global

Pada masa sama, beliau turut berpeluang mengadakan pertemuan bilateral bersama Menteri Pertahanan Itali, Guido Crosetto pada mesyuarat tersebut.

Mesyuarat Menteri Pengaman PBB

“Kedua-dua negara berhasrat untuk membawa hubungan serta kerjasama antara dua negara ke tahap yang lebih tinggi, termasuklah meneroka kaedah perolehan secara Kerajaan-ke-Kerajaan (G2G) bagi produk pertahanan.
“Itali turut menyatakan kesediaan untuk berkongsi kepakaran dalam keselamatan siber, kecerdasan buatan dan teknologi komunikasi,” kata MINDEF.

Turut hadir dalam delegasi Malaysia ialah Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) MINDEF, Mohd Yani Daud; Ketua Staf Markas Angkatan Tentera Malaysia, Leftenan Jeneral Dato’ Azhan Othman dan Panglima Angkatan Bersama, Leftenan Jeneral Dato’ Zahani Hj Zainal Abidin TUDM.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mesyuarat diadakan pada 13 dan 14 Mei itu dihadiri lebih 80 negara anggota PBB yang menghimpunkan pemimpin dan pegawai tertinggi negara yang menyokong misi pengaman di bawah PBB.

Ditulis oleh Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Komandan Maktab Ketahanan Nasional (MKN), Datuk Johnny Lim Eng Seng mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi individu berbangsa Cina pertama yang dinaikkan pangkat ke Leftenan...

Sosial

Baru-baru ini, tular di media sosial memaparkan seorang penunggang motosikal atau rider berkuasa tinggi dari Indonesia dipercayai enggan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan ketika...

Dunia

Seorang pelancong Brazil terjatuh ke dalam lubang sebuah gunung berapi aktif di Pulau Lambok, Indonesia sebelum kerja menyelamat selama tiga hari dihalang oleh cuaca...

Lokal

Hampir 61 jemaah umrah dilaporkan terkandas selama lebih empat jam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), setelah penerbangan ke Jeddah dibatalkan secara tiba-tiba....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd