Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

Maxim E-Hailing Perkenal ‘Game’ Menarik! Tonjol Keunikan Malaysia & Dunia

Perkhidmatan tempahan perjalanan di Malaysia, Maxim E-Hailing memperkenalkan kuiz ‘Travel around the World with Maxim’ yag membantu pelanggan mengetahui tentang keunikan negara-negara di seluruh dunia, termasuk Malaysia.

Pengurus Pembangunan Wilayah Maxim E-Hailing, Ahmad Shabrie Sairun, berkata, kuiz permainan yang dilancarkan oleh syarikatnya adalah bagi memastikan rakyat mempelajari dan merasai pengalaman unik mengenai sesuatu negara bersama mereka.

“Game adalah cara terkini antara syarikat tersebut dan pengguna, berdasarkan mekanisme permainan. 
“Ia membantu memperbaiki imej positif perkhidmatan dan sekali gus mempromosikan perkhidmatan dengan cara menghiburkan,”ujarnya.

Maxim

Ujarnya, ia secara tidak langsung dapat membantu Maxim membina komunikasi serta menjalinkan hubungan rapat dengan pelanggan selain menaikkan semangat mereka terhadap sesuatu negara.

Kongsi Ahmad Shabrie, pemain juga ditemani oleh budak maskot bernama Maksimka yang akan membantu memberi bimbangan kepada mereka untuk bergerak ke seluruh dunia untuk menemui budaya baharu, fenomena sejarah dan geografi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, Ketua Bandar Miri, Justin Majin mengatakan peserta bukan sahaja diuji pengetahuan tempatan sahaja, bahkan mereka dapat meluaskan pengalaman sedia ada.

“Ia juga (kuiz permainan disediakan) membentuk imej holistik perkhidmatan Maxim, di mana secara tidak langusng berkaitan dengan maskot.
“Masa depan, peserta dalam permainan ini secara automatik akan mengingati budak lelaki ini apabila jenama kami disebut,”ujar Justin Majin.

Selepas menjawab semua soalan daripada kuiz tersebut, peserta boleh mengetahui keputusan permainan. Permainan juga mencadangkan pemain memberikan butiran mereka untuk menerima pemberitahuan promosi tentang perkhidmatan Maxim.

Menurut penganalisis perkhidmatan, kira-kira 82% daripada peserta kuiz mula berminat dengan permainan ini, berinteraksi dengan jenama dan mula menjawab soalan.

Buat masa ini, hampir semua pengguna yang menyelesaikan kuiz pergi ke borang untuk meninggalkan maklumat talian untuk menghubungi mereka. Hanya 18% daripada pelanggan menutup pautan kuiz dengan segera.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Di samping itu, ramai menghabiskan hampir 1 minit bermain permainan ini. Ini menunjukkan minat yang tinggi dalam mekanik permainan perkhidmatan Maxim.

Pengarah Maxim di Malaysia, Mohd Hazwan Musley berkata, ketika ini terdapat jutaan syarikat berjenama di dunia, pengiklanan di setiap laman web, risalah dan bunting.

“Kita menerima ratusan notifikasi di telefon setiap hari. ini meningkatkan persaingan untuk perhatian. Kini kita berjaya memiliki satu minit. Dengan satu minit yang ada, pengguna dapat memiliki ikatan bersama jenama, fokus kepada logo, moskot dan elemen jenama.
“Strategi ini merupakan kemenangan buat pemasaran jenama. Ianya menjadi interaksi yang tidak konvensional”katanya.

Untuk bermain permainan ini, anda boleh mengikuti pautan: https://worldtourph.maximquiz.com/

Sekadar info, sehingga kini Maxim telah beroperasi di lebih 70 bandar sejak ia dilancarkan di Malaysia pada tahun 2018 dan dimulakan di bandar Kuantan.

View this post on Instagram

Advertisement. Scroll to continue reading.

A post shared by Maxim | E-hailing service (@maxim_malaysia)

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, sekali lagi menampilkan aksi cemerlang di Terbuka Thailand setelah berjaya memperoleh kejuaraaan berganda pada musim ini di...

Sosial

Video seorang anggota ATM fasih berborak dengan juruterbang pasukan Russian Knight menggunakan bahasa Rusia telah menarik perhatian ramai apabilakedua-duanya dilihat rancang berbual. Anggota ATM...

Sukan

Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail (TMJ) menyindir cadangan segelintir pihak yang mahu memboikot saingan Liga Super musim depan susulan beberapa...

Sosial

Kehilangan anak kandung menjadi antara ujian paling berat dalam hidup seseorang, khususnya bagi ibu bapa yang terpaksa berdepan dengan realiti kehilangan zuriat yang pernah...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd